BR1M Halal Untuk Semua Yang Layak - TPM

Diterbitkan: Jumaat, 2 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyangkal dakwaan pembangkang kononnya Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah agenda Barisan Nasional untuk membeli undi rakyat.

Menurut Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN, dakwaan itu tidak berasas dan bermotifkan politik semata-mata.

"Tujuan kerajaan buat begini ialah untuk membantu mengurangkan belanja rakyat yang kurang berkemampuan. Jadi apa yg diberikan oleh kerajaan itu halal. Halal bagi Umno, halal bagi orang PAS, halal bagi semua rakyat yang layak menerimanya.

"Tapi kalau orang PAS kata haram, baik jangan terima, tapi kalau dalam majlis orang beri duit dia dulu yang naik pentas, bila hulur duit dia juga yang hulur tangan dulu. Jadi hukum halal haram dah tak ada bila naik pentas," katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sekolah Menengah Teknik Kuala Terengganu di sini.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said dan pimpinan negeri adalah antara 20,000 rakyat termasuk penerima bantuan yang diagihkan kerajaan negeri dan pusat termasuk penerima bantuan Sara Hidup Nelayan, bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan bantuan Persekolahan Murid oleh kerajaan negeri.

Muhyiddin berkata amalan Pas yang mempertimbangkan sesuatu atas dasar politik dan bukan agama sebagaimana yang sering di suarakan mereka, membuktikan mereka sanggup berbuat apa sahaja untuk meraih sokongan. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan