Umno Kedah Bergantung Kekuatan Sendiri Bukan Kerana Masalah Dalaman PAS - Ahmad Shah

Diterbitkan: Khamis, 1 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Umno Kedah tidak melihat perbalahan dalam kalangan pimpinan kerajaan negeri pimpinan PAS dan parti itu sebagai satu kelebihan untuk menguasai semula negeri itu tetapi hanya mahu bergantung kepada kekuatan Umno dan Barisan Nasional (BN) sendiri dalam menawan hati rakyat.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata Umno dan BN tidak langsung mempedulikan pergolakan dalaman di peringkat kerajaan negeri dan juga parti-parti seperti PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebaliknya lebih menumpukan kepada gerak kerja sendiri untuk kembali memerintah Kedah yang terlepas kepada tangan pembangkang pada pilihan raya umum lepas.

Bagaimanapun, beliau mengakui masalah dalam kerajaan negeri dan antara parti-parti berkenaan sedikit sebanyak memberi kesan positif kepada BN kerana rakyat dapat melihat kelemahan parti-parti pembangkang.

"Perpecahan dalam PAS di Kedah ketika ini cukup hebat. Rakyat melihat dan menilai ini semua," katanya kepada pemberita selepas mengunjungi Saodah Hanapi yang uzur di rumah wanita itu di sini, Khamis.

Saodah, 73, merupakan johan qariah tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan pada 1960.

Konflik dalam pentabdiran kerajaan negeri bermula apabila dua Exco kerajaan negeri menghantar surat kepada Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak bagi menyatakan keengganan mereka dilantik semula ke jawatan itu.

Pada majlis pelantikan semula Exco negeri Kedah bagi tempoh 2012-2013 di Istana Anak Bukit di sini Selasa lepas, hanya lapan Exco yang mengangkat sumpah berbanding 10 kelazimannya.

Ahmad Bashah juga berkata program Pemukiman Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada BN dari seluruh negara selama tiga hari di Kedah akan bermula esok.

Peserta dijangka melawat 3,600 rumah di 34 daripada 36 kawasan DUN yang meliputi 14 daripada 15 kawasan Parlimen.

Katanya dua kawasan DUN di Parlimen Langkawi telah diliputi program itu lebih awal.

"Kita sasarkan lebih 120 Adun dari seluruh negara akan datang. Saya difahamkan semua Adun dari Sarawak diarah oleh Ketua Menteri untuk datang ke Kedah," katanya.

Kesemua Adun yang hadir ke program pemukiman itu akan ditempatkan di beberapa daerah mengundi bagi bertemu rakyat. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan