PFN Tiada Hak Cakap Tentang Pasaran Luar Negara Selagi Tak Penuhi Sasaran Tempatan - Rafizi

Diterbitkan: Khamis, 1 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli berkata Perbadanan Fidlot Nasional (PFN) tidak ada hak bercakap mengenai pasaran baru di luar negara selagi tidak memenuhi sasaran 40 peratus permintaan tempatan kerana itulah tujuan PFN ditubuhkan.

Malah katanya, alasan yang diberikan PFN untuk mempertahankan operasi perniagaan di Singapura sebagai "tidak masuk akal" dan tidak dapat diterima akal oleh rakyat Malaysia.

"Saya berasa kesal kerana alasan yang diberikan tidak dapat diterima akal oleh rakyat Malaysia.

"Kenyataan Datuk Seri Salleh Ismail bahawa pasaran tempatan terlalu kecil dan tidak mampu memenuhi pengeluaran NFC adalah satu penipuan yang menghina minda rakyat Malaysia," katanya dalam satu kenyataan, Khamis.

Menurut Rafizi, sehingga kini PFN masih gagal untuk mencapai sasaran yang ditetapkan oleh kerajaan sebagai syarat untuk mendapatkan projek PFN dan dana awam RM250 juta.

Rafizi turut membuat perbandingan berdasarkan sumber rasmi Jabatan Perkhidmatan Veterinar di laman web dan sasaran pengeluaran daging yang ditetapkan kepada PFN.

Jabatan rasmi jabatan tersebut menyasarkan jumlah lembu yang perlu disembelih oleh PFN untuk memenuhi sasaran 40 peratus permintaan daging tempatan ialah 800 ekor sehari (berdasarkan berat bersih daging 200kg setiap seekor lembu, 300 hari operasi setiap tahun).

Sementara pencapaian PFN dari tahun 2008 hingga 2010 menunjukkan purata sembelihan sebanyak enam ekor sehari.

Dalam tempoh yang sama, PFN mencatatkan 0.8 peratus pencapaian berbanding sasaran yang ditetapkan iaitu 50,000 tan daging menjelang 2009 dengan purata pengeluaran oleh PFN sebanyak 400 tan setahun.

"Perbezaan di antara sasaran yang ditetapkan mengikut dasar-dasar utama negara dan pencapaian PFN setakat ini jauhnya bagai langit dan bumi," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi Eksekutif PFN, Datuk Seri Salleh Ismail dalam "The Malaysian Insider" yang dipetik mempertahankan operasi perniagaan milik keluarganya di Singapura (setakat ini melibatkan tiga buah restoran mewah dan sebuah pasaraya mewah) yang dipercayai menggunakan dana awam RM250 juta.

Beliau memberikan alasan pasaran Malaysia untuk membeli daging dari PFN terlalu kecil dan tidak dapat memenuhi pengeluaran PFN sambil membayangkan hasrat PFN untuk membuka operasi di Indonesia dalam masa terdekat.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan