PAS Hilang Identiti Akibat 'Parasit' - Hasan Ali

Diterbitkan: Khamis, 1 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali mendakwa PAS sudah hilang hala tuju perjuangan untuk menegakkan negara Islam dan memartabatkan hukum Hudud disebabkan oleh pengaruh kumpulan "parasit" dalam parti itu.

"PAS sudah hilang falsafah agung perjuangannya untuk menegakkan negara Islam dan memartabatkan hukum Hudud...sudah tidak ada, sudah tutup buku, siapa yang tutup, bukan ulama tetapi parasit inilah yang menutupnya," katanya ketika menyampaikan ceramah di sini malam Rabu.

Hasan yang dipecat daripada PAS, berkata parti itu kini dikuasai oleh golongan "parasit" sehingga menyebabkan pengaruh golongan ulama semakin terhakis.

"Mereka sudah jatuhkan saya dan sekarang mereka hendak jatuhkan Ustaz Azizan (Abdul Razak) di Kedah, dan mereka akan pergi dari satu tempat ke satu tempat kerana mereka ini ramai," katanya.

Menurut Hasan, golongan parasit itu terdiri daripada mereka yang belajar di luar negara dan mengamalkan "politik jatuh menjatuhkan" itu sejak di luar negara lagi.

Beliau berharap anggota dan penyokong PAS sedar terhadap apa yang sedang berlaku dalam parti itu. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan