Muhyiddin Rasmi Persidangan Menteri Penerangan Asean Ke-11

Diterbitkan: Khamis, 1 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin merasmikan Persidangan Menteri-Menteri Penerangan Asean (AMRI)Ke-11 di sini, Khamis.

Terdahulu Menter-menteri Penerangan Asean beserta rakan dialog mereka dari China, Jepun dan Korea Selatan dengan diiringi Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim membuat kunjungan hormat ke atas Muhyiddin di hotel persidangan.

Sebagai sebahagian daripada acara pembukaan, Menteri-menteri dan para perwakilan termasuk rakan-rakan dialog diraikan dengan persembahan kebudayaan.

Selepas majlis perasmian, Menteri-menteri Asean menghadiri pula majlis tertutup AMRI Ke-11 yang dijadual selama kira-kira dua jam mulai 10.45 pagi, yang antara lain mereka akan mempertimbangkan cadangan dan rancangan yang telah dipersetujui pada mesyuarat peringkat pegawai-pegawai kanan.

Selepas jamuan tengah hari, dijadual pula mesyuarat AMRI+3 beserta rakan dialog di mana mereka dijangka meluluskan rangka kerja yang telah dibincangkan oleh para pegawai kanan dan rakan dialog mereka, Rabu.

Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan yang diterajui Rais menjadi tuan rumah persidangan.

Yang turut hadir pada majlis pembukaan ialah Timbalan-timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan iaitu Datuk Maglin Dennis D'Cruz dan Datuk Joseph Salang serta Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf.

Persidangan dijangka berakhir lewat petang dengan penerimaan Laporan AMRI dan persidangan akhbar oleh pengerusi dan naib pengerusi.

Sempena dengan persidangan, akan diadakan persembahan muzikal "Asean Musical Extravaganza" di Istana Budaya pada sebelah malam.

Persidangan tiga hari ini bertemakan "Media" Mengakrabkan Hubungan dan Menjalin Budaya ke Arah Komuniti Satu Asean".

Komuniti Asean mengandungi tiga tonggak iaitu Komuniti Politik-Keselamatan, Komuniti Ekonomi Asean dan Komuniti Sosiobudaya Asean.

Setiap tonggak mempunyai pelan tindakan tersendiri beserta Inisiatif untuk Integrasi Asean (IAI) Rangka Kerja Strategik dan Pelan Kerja IAI Fasa 11 (2009-2015) yang merupakan hala tuju untuk Komuniti Asean.

Sepuluh negara anggota Asean dengan populasi kira-kira 600 juta orang terdiri daripada Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan