RM1.4 Juta Setahun Bayar Elaun Sara Hidup Nelayan

Diterbitkan: Rabu, 29 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Kerajaan memperuntukkan RM1.4 juta setahun untuk membayar elaun sara hidup kepada golongan nelayan di daerah ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Beliau berkata ia membabitkan peruntukan RM120,200 sebulan yang membuktikan pengiktirafan tinggi dan penghargaan kerajaan terhadap sumbangan nelayan dalam industri perikanan ke arah pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negeri.

"Inilah bukti keprihatinan dan kesungguhan kita untuk membela nasib rakyat di semua peringkat khususnya golongan nelayan," katanya dalam teks ucapan pada majlis pembayaran elaun kepada 601 nelayan Persatuan Nelayan Kawasan Sandakan di sini, Rabu.

Teks ucapan beliau dibacakan Pengerusi Ko-Nelayan Sabah Datuk Samsuddin Yahya.

Musa berkata golongan nelayan juga menerima banyak insentif lain termasuk bantuan subsidi minyak petrol dan diesel untuk membantu meringankan kos operasi nelayan ke laut serta dibayar wang insentif tangkapan iaitu RM0.10 sen bagi setiap sekilo ikan yang ditangkap.

"Saya percaya ia akan menguatkan lagi azam golongan itu untuk meningkatkan produktiviti seterusnya merealisasikan objektif Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dalam memajukan industri perikanan di negeri ini," katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan dalam melaksanakan semua program peningkatan taraf hidup rakyat demi keharmonian dan kemakmuran rakyat. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan