PRU13: Umno Kelantan Jamin Pilih Calon Terbaik

Diterbitkan: Rabu, 29 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed memberi jaminan akan memilih calon terbaik untuk mewakili Barisan Nasional (BN) bertanding pada pilihan raya umum Ke-13 akan datang.

Beliau berkata tidak semestinya calon yang dipilih itu boleh memuaskan hati semua pihak kerana setiap orang tidak sempurna, bagaimanapun pucuk pimpinan parti akan membuat keputusan muktamad.

"Yang pastinya saya boleh beri jaminan sedaya upaya supaya calon yang akan bertanding adalah dipilih daripada yang terbaik," katanya ketika sesi soal jawab pada majlis Malam Mesra bersama pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini, malam Selasa.

Terdahulu, seorang anggota veteran Umno dari Pasir Mas, Ariffin Hussein, membayangkan wujud puak-puak dalam Umno yang telah "menayangkan" calon masing-masing untuk diketengahkan dalam pilihan raya umum kali ini walaupun pucuk pimpinan parti belum membuat keputusan.

Mustapa mengingatkan anggota Umno supaya memberi sokongan padu terhadap mana-mana calon yang dipilih bagi memastikan kemenangan BN. "Ini perlu bagi memastikan calon yang dipilih itu boleh menang dan sekali gus mampu merampas kembali Kelantan dari tangan PAS," katanya.

Beliau yakin dengan senario poltik di negeri ini sekarang, wujud setuasi rakyat yang inginkan perubahan melalui kempen Gelombang Merah yang dilancarkan Umno Kelantan sejak setahun lepas.

Mustapa juga berharap kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Kelantan Jumaat ini, akan menyuntik semangat baru di kalangan anggota parti serta membangkitkan kesedaran untuk menang dalam pilihan raya kali ini.

Justeru itu, katanya, pendekatan yang dibuat oleh pucuk pimpinan parti ialah mendekati rakyat melalui segenap peringkat terutama NGO secara "santai" . -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan