PKR Dedah PFN Jadi Penyewa Utama Pasaraya Elit Di Singapura

Diterbitkan: Rabu, 29 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR), pada Selasa, mendedahkan pengurusan Perbadanan Fidlot Nasional (PFN) yang didakwa menyeleweng dana kerajaan berjumlah RM250 juta untuk projek ternakan lembu fidlot turut terlibat dalam perniagaan pasaraya mewah di Singapura.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, berkata siasatan pihaknya menunjukkan bahawa Farhmouse Supermarkets Pte Ltd yang sahamnya dimiliki bersama oleh keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil menjadi penyewa utama sebuah kompleks pasaraya mewah, Star Vista yang terletak di kawasan elit republik itu.

"Siasatan menunjukkan syarikat ini telah menandatangani perjanjian sewaan dengan pemaju bagi 28 unit ruang kedai di tingkat 2 kompleks tersebut," katanya dalam satu kenyataan, Selasa.

Katanya, semakan harga pasaran bagi ruang kedai komersil di pasaraya di Singapura menunjukkan julat kadar sewa bagi satu meter persegi di antara S$350 hingga S$500 sebulan, bergantung kepada lokasi.

"Jika keluasan 28 unit dianggarkan sekitar 3,000 meter persegi, tanggungan sewaan bulanan yang terpaksa dibayar oleh Farmhouse Supermarkets Pte Ltd adalah sekitar S$900,000 sebulan atau RM2.2 juta sebulan," katanya.

PKR sebelum ini turut mendedahkan perniagaan tiga buah restoran mewah di Singapura dan pelaburan berjumlah RM44 juta dalam 3 kondominium mewah di sana oleh syarikat pengurusan yang sama.

"Sudah tentu perniagaan pasaraya ini akan dibiayai oleh dana awam yang disalurkan bagi tujuan penternakan lembu seperti yang dimandatkan oleh NFC, seperti yang berlaku di dalam pembelian-pembelian aset mewah lain sebelum ini.

"Kenyataan pengurusan NFC yang mempertahankan hak mereka berbelanja dana RM250 juta itu mengikut citarasa mereka memperkuatkan lagi hujah bahawa sebahagian wang tersebut bakal dibelanjakan bagi membiayai pasaraya mewah ini," menurut kenyataan tersebut.

Beliau berkata tindakan tegas perlu dilakukan segera untuk merampas kembali kesemua dana yang telah diselewengkan secepat mungkin dan mendakwa individu terbabit di mahkamah atas tuduhan pecah amanah dan jenayah perdagangan.

PFN turut didesak berterus-terang mengenai komitmen kewangan yang telah dibuat melalui Farmhouse Supermarkets Pte Ltd, termasuklah perjanjian sewaan yang telah dimeterai.

"Jika ini tidak berlaku dalam minggu ini, kita akan melakukan pendedahan setiap minggu hinggalah Dewan Rakyat bersidang pertengahan bulan Mac ini," tegasnya.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan