Najib Lancar Cabaran Mobiliti Hijau Proton 2012

Diterbitkan: Rabu, 29 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pasukan dari sepuluh universiti tempatan akan bersaing dalam cabaran untuk menukar kereta Proton Saga berenjin konvensional kepada kenderaan elektrik sepenuhnya di bawah pertandingan Cabaran Mobiliti Hijau Proton 2012 (PGMC) anjuran Proton Holding Bhd (Proton) dan Agensi Inovasi Malaysia (AIM).

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang melancarkan cabaran itu berkata ia merupakan contoh terbaik bagaimana pihak industri, akademia dan kerajaan bekerjasama dalam mencapai pelbagai matlamat menangani isu-isu utama dalam masyarakat.

Beliau berkata kerjasama tiga komponen utama yang membentuk 'triple helix' di bawah program Pemaju Inovasi AIM itu dibangunkan dalam usaha mempercepatkan lagi inovasi teknologi dalam negara.

"Dengan penambahan satu lagi komponen iaitu rakyat, jadilah ia sebagai Quadruple Helix," katanya semasa berucap pada majlis pelancaran cabaran itu yang berlangsung di perkarangan Tempat Letak Kereta Lobi Pejabat Perdana Menteri di sini.

Sepuluh universiti yang mengambil bahagian terdiri daripada Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Tenaga Nasional (Uniten), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM), Universiti Kuala Lumpur Institut Malaysia Sepanyol (UNIKL MSI), Universiti Malaysia Perlis (Unimap), Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Universiti Selangor (Unisel).

Menerusi cabaran ini, setiap universiti akan dibekalkan dengan sebuah kenderaan Proton Saga, satu set bateri, satu unit motor dan kawalannya, serta dana RM20,000 bagi tujuan pengubahsuaian mengikut peraturan yang ditetapkan, dan peringkat akhir akan diadakan dari 4 hingga 7 Oktober ini.

Pemenang akan ditentukan berdasarkan keupayaan kenderaan itu melalui pelbagai ujian termasuk jarak pemanduan, tahap pecutan dalam jarak suku batu, masa terpantas dalam pusingan serta kelajuan maksimum.

Perdana Menteri berkata inovasi dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) penting dalam memacu pembangunan negara, dan kejayaan negara paling ketara dapat dilihat dalam inovasi pembangunan komoditi utama negara iaitu getah dan kelapa sawit.

Beliau berkata negara telah banyak menempa nama dalam pembangunan komoditi itu, sebagai contoh sebuah syarikat Malaysia menjadi syarikat yang pertama merungkai kod genetik kelapa sawit, sekaligus merekodkan satu pencapaian yang amat membanggakan dalam bidang sains.

Katanya kejayaan itu dapat meningkatkan hasil minyak sawit bagi setiap hektar menerusi pengenalan jenis-jenis pokok baru yang baik. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan