Muhyiddin Lawat Terengganu Esok

Diterbitkan: Rabu, 29 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengadakan lawatan kerja sehari ke Terengganu, Khamis.

Menurut Setiausaha Kerja Badan Perhubungan Umno Negeri Razali Bidin, Muhyiddin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dijadual tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, kira-kira pukul 11.30 pagi.

Rombongan akan disambut Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan serta pegawai kanan kerajaan dan pemimpin Barisan Nasional (BN) negeri.

Timbalan Perdana Menteri dan rombongan memulakan lawatan kerjanya dengan menghadiri perjumpaan khas bersama penjawat awam negeri dan persekutuan di Stadium Tertutup Negeri pada tengah hari. Pada jam 3 petang, beliau akan menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sekolah Menengah Teknik Kuala Terengganu.

Pada majlis itu, Muhyiddin akan menyampaikan bantuan kepada golongan pesara, persekolahan, nelayan serta elaun untuk imam, bilal dan guru-guru Kelas Fardu Ain (Kafa).

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN, kemudiannya akan menghadiri perjumpaan tertutup bersama Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu, Ahmad Said di Hotel Primula pada 5.40 petang.

Pada sebelah malam, beliau akan menghadiri majlis jamuan di hotel yang sama.

Kemudian, beliau akan mengadakan perjumpaan tertutup bersama Jawatankuasa Badan Perhubungan Umno Negeri dan perjumpaan dengan pemimpin-pemimpin BN Negeri.

Timbalan Perdana Menteri dan isteri dijadual pulang ke ibu negara selepas majlis perjumpaan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan