Jabatan Insolvensi Bincang Dengan AKPK Tentang Pengurusan Kewangan

Diterbitkan: Rabu, 29 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Abdul Karim Abdul Jalil.
Abdul Karim Abdul Jalil.

PETALING JAYA: Jabatan Insolvensi mengadakan perbincangan dengan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) mengenai pengurusan kewangan masyarakat di negara ini.

Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi, Datuk Abdul Karim Abdul Jalil berkata, antara isu yang diperbincangkan adalah mewujudkan program kesedaran mengenai kepentingan pengurusan kewangan yang berhemah.

“Ini termasuk kesan-kesannya sekiranya seseorang itu diisytiharkan bankrap.

“Setakat Disember tahun lalu, Jabatan Insolvensi merekodkan sejumlah 237,856 kes kebankrapan,” katanya kepada mStar Online, Selasa.

Abdul Karim berkata, Jabatan Insolvensi dan AKPK turut bersetuju untuk mengadakan program bersifat perkongsian dan pemindahan ilmu bagi faedah kedua-dua agensi terutama melibatkan rakyat Malaysia.

Jabatan Insolvensi baru-baru ini mengadakan kunjungan ke ibu pejabat AKPK di Kuala Lumpur yang disertai oleh Ketua Pegawai Eksekutif AKPK, Koid Swee Lan.

Antara fungsi Jabatan Insolvensi adalah mentadbir hal ehwal di bawah Akta Kebankrapan 1967 dan Kaedah-Kaedah Kebankrapan 1969.

Jabatan itu menerima sebanyak 19,167 kes kebankrapan baru yang didaftarkan pada tahun 2011 manakala 18,119 kes pada 2010.

Tahun lalu, sebanyak 10,680 kes kebankrapan berjaya diselesaikan.

Seseorang itu boleh diisytiharkan sebagai bankrap sekiranya mempunyai jumlah hutang tertangguh minimum RM30,000.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan