Hasan Ali Hanya Perlu Jelaskan Dari Mana Dapat Wang - Khalid Samad

Diterbitkan: Rabu, 29 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali tidak perlu meminta pihak tertentu mengemukakan bukti apakah benar pertubuhan Jalur Tiga (Jati) ditaja Umno, sebaliknya hanya perlu menjelaskan dari mana beliau mendapatkan wang untuk menggerakkan pertubuhan yang baru ditubuhkan itu.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad berkata, penjelasan secara terbuka oleh Dr Hasan adalah perlu memandangkan masyarakat sudah mula berfikir dan tertanya-tanya tentang sumber kewangan Jati dan Dr Hasan sendiri.

"Ramai orang nampak perbelanjaan yang begitu lumayan. Beliau perlu jawab andaian masyarakat daripada minta orang lain buktikan dia tak ditaja," katanya kepada mStar Online, Rabu.

Khalid berkata, penjelasan Dr Hasan wajar kerana pada masa kini masyarakat mula tertanya-tanya dari mana beliau mendapatkan dana untuk menganjurkan aktiviti seperti ceramah dan 'roadshow' di seluruh negara.

"Di mana-mana saja, di kedai kopi pun orang bercakap (tentang belanja).

"Sanggupkah dia membelanjakan wang sendiri yang begitu banyak? Adakah dia jual kereta atau jual rumah...semua ini orang nak tahu," kata Khalid.

Khalid juga turut mempersoalkan majlis pelancaran Jati yang diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) baru-baru ini yang disifatkan memakan perbelanjaan besar.

"Kita anggar RM30,000 untuk sewa tempat itu sahaja. Saya dapat maklumat belanja keseluruhan sekitar RM87,000.

"Timbul lagi persoalan siapa biaya Hasan Ali," jelasnya.

Menurut Khalid, umum mengetahui perbelanjan yang tinggi diperlukan untuk mengadakan aktiviti besar seperti yang dilakukan bekas naib presiden PAS itu dan semestinya masyarakat mempunyai perasaan ingin tahu dari mana Dr Hasan mendapatkan dana.

Katanya, Dr Hasan harus menafikan sekiranya benar beliau tidak pernah dibiayai Umno atau mana-mana pihak yang mempunyai kaitan dengan kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Kalau tak betul aktiviti Hasan Ali dan Jati tidak dapat tajaan atau dibiayai Umno atau BN, beliau boleh nafikan secara terbuka," katanya.

Khalid berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Dr Hasan yang mencabar PAS membuat kenyataan terbuka jika mempunyai bukti bahawa Jati yang digerakkannya ditaja oleh Umno.

Dr Hasan memberi masa tiga hari terutama kepada pemimpin PAS yang dilihat tergugat dengan Jati tampil dengan bukti yang dapat mengaitkan Jati ditaja Umno.

Dalam pada itu, Khalid turut mengulas kenyataan Dr Hasan yang tidak menolak dakwaan asas perjuangan Jati iaitu IMR (Islam, Melayu dan institusi Raja) mirip perjuangan Umno.

"Baguslah. Ia adalah bukti bahawa beliau adalah 'kontraktor' Umno dan sama sokong Umno. Dialah parasit dalam PAS selama ini," ujarnya lagi.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan