Apabila Hari Jadi Disambut Empat Tahun Sekali

Diterbitkan: Rabu, 29 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SAMBUTAN HARI LAHIR ISTIMEWA.....Yow teruja membaca kad hari jadi yang diberikan oleh suaminya di rumah mereka di Sungai Ara pada Selasa.
SAMBUTAN HARI LAHIR ISTIMEWA.....Yow teruja membaca kad hari jadi yang diberikan oleh suaminya di rumah mereka di Sungai Ara pada Selasa.

GEORGE TOWN: Adakah signifikan antara sambutan hari jadi dengan Sukan Olimpik. Jawapannya mudah sahaja apabila dua-duanya hanya dapat disambut empat tahun sekali.

Bagi mereka yang lahir pada 29 Februari pasti ia adalah satu kenangan yang tidak dapat dilupakan apabila ia hanya dapat disambut empat tahun sekali.

Bagaimanapun, bagi Yow Pek Yoke, tarikh 29 Februari tidak ada bezanya dengan hari lain.

“Walaupun begitu keluarga saya tetap membuat kejutan apabila tiba sambutan hari jadi saya. Keluarga saya selalu membuat sambutan pada 28 Februari kerana hari jadi saya hanya tiba empat tahun sekali. Namun akan ada sambutan yang sangat istimewa pada tahun keempat hari jadi saya,” katanya.

Yow yang juga guru di SK Perempuan Methodist, berkata ayahnya yang juga seorang tentera akan menjemput rakannya dalam tentera bagi meraikan sambutan hari jadinya.

“Sejak saya berumah tangga saya meluangkan lebih banyak masa dengan anak-anak. Namun kenangan sambutan hari jadi bersama keluarga tetap diingati,” katanya.

Suami Yow, Lim Seng Leong,50, yang juga guru di SMK Bukit Jambul, bersama-sama dua anak mereka Cavina Lim, 24, Caryn Lim, 14, akan membuat kad hari jadi sendiri serta membawanya restauran.

Bagi sambutan pada tahun ini. Lim berkata dia akan ‘membuat kejutan’ yang istimewa pada majlis itu nanti.

”Saya selalu bergurau dengan rakan-rakan saya yang isteri saya baru menyambut hari jadinya yang ke-12 pada tahun ini,” katanya.

Yow berkata anak muridnya sangat teruja dengan hari jadinya yang disambut empat tahun sekali.

“Dua tahun lalu, seorang anak murid saya bertanya bila tarikh hari jadi saya. Saya beritahu mereka untuk meneka kerana ia jatuh pada tarikh yang cukup istimewa.

“Yang menariknya mereka dapat meneka dengan tepat,” katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan