Ananda Krishnan Rancang Jual Firma Satelit

Diterbitkan: Rabu, 29 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Orang kedua paling kata di Malaysia, Ananda Krishnan, merancang menjual kepentingannya dalam syarikat operator satelit, MEASAT Global Bhd, langkah yang diambil beberapa hari selepas beliau mula menjual aset tenaga bernilai US$3 bilion (RM9.05 bilion).

Akhbar tempatan, The Straits Times (ST) melaporkan bahawa aset tenaga dan satelit berkenaan bernilai hampir US$3.5 bilion, yang menunjukkan MEASAT mungkin bernilai sekitar US$500 juta.

Sambil memetik sumber perbankan, akhbar itu melaporkan cakap-cakap mengenai jualan itu bermula pada lewat 2011, dan firma satelit Arab Saudi, Arabsat, mungkin menjadi pemegang strategik atau kepentingan majoriti dalam firma satelit Malaysia itu.

Jutawan itu baru-baru ini menjual keseluruhan portfolionya dengan melantik Standard Chartered untuk mengurus transaksi, membabitkan kira-kira sedozen loji tenaga.

Beliau melakukan beberapa urus janji korporat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, menyenaraikan sebahagian daripada penyedia perkhidmatan telekomunikasi Maxis Bhd yang merupakan tawaran awam pemulaan terbesar di Asia Tenggara pada 2009.

Tahun lepas, pasukannya menyenaraikan semula syarikat penyedia perkhidmatan minyak dan gas Malaysia Bumi Armada Bhd.

Beliau juga menjadikan syarikat monopoli TV berbayar Malaysia, Astro All Asia Networks Plc, sebagai syarikat persendirian, selepas peluasannya ke Indonesia dan India mencatat kerugian dan menjejaskan kewangan syarikat.

ST melaporkan pemilikan kawalan MEASAT oleh Arabsat mungkin sukar memandangkan Malaysia mengenakan sekatan penguasaan 40 peratus pemilikan asing ke atas aset strategik domestik. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan