Terpulang Kepada Dua Exco Terbabit Untuk Terus Kekal Sebagi Exco - Azizan

Diterbitkan: Selasa, 28 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata terpulang kepada Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh sama ada mereka mahu kekal sebagai Exco kerajaan negeri atau tidak.

Katanya beliau tidak dapat memastikan bahawa kedua-dua Exco itu akan kekal walaupun Jawatankuasa PAS Pusat telah memutuskan bahawa semua Exco kerajaan negeri Kedah akan kekal untuk tempoh setahun lagi.

Beliau berkata walaupun Setiausaha Agung parti Datuk Mustafa Ali berkata parti itu akan mengambil tindakan yang sepatutnya bagi memastikan kesemua 10 Exco itu kekal, namun ia tetap terpulang kepada Phahrolrazi dan Dr Ismail.

"Jika jawatankuasa parti mahu semua 10 Exco kekal, saya boleh patuh tetapi adakah kedua-dua mereka mahu kekal sebagai Exco," katanya di sini, Isnin.

Phahrolrazi dan Dr Ismail telah menghantar surat kepada Azizan bagi menyatakan keengganan mereka dilantik semula ke jawatan itu yang dijadual diumum, Selasa.

Phahrolrazi merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air Dan Tenaga, selain merupakan Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah.

Dr Ismail pula adalah Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO), Pembangunan Insan, Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi negeri di samping menjadi Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kedah.

Mereka dipercayai berbuat demikian kerana kecewa dengan sikap serta kepemimpinan Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS negeri, berhubung pelbagai isu yang melanda pentadbirannya sejak kebelakangan ini.

Azizan berkata beliau belum dihubungi oleh Jawatankuasa PAS Pusat berkenaan isu itu.

Majlis pelantikan anggota exco kerajaan negeri Kedah bagi tahun 2012 akan diadakan di Istana Anak Bukit di sini, Selasa.

Lapan anggota exco kerajaan negeri Kedah telah menerima tawaran pelantikan semula untuk menyandang jawatan berkenaan bagi 2012 dan akan mengangkat sumpah pada Selasa.

Dua lagi Exco, yang mungkin muka baru akan berbuat demikian kemudian.

Mustafa pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini dilaporkan sebagai berkata PAS Pusat melihat wujud keperluan untuk campur tangan dalam urusan pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah yang berhadapan dengan kemelut berkaitan pelantikan anggota Exco.

Beliau berkata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub akan ke Kedah esok bagi mengadakan pertemuan dengan Azizan dan anggota Exco berkenaan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan