Projek Naik Taraf Jalan Kalabakan-Sapulut Sepanjang 145km Mendahului Jadual - Shaziman

Diterbitkan: Selasa, 28 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Menteri Kerja Raya Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata kerja menaik taraf Jalan Kalabakan-Sapulut, sepanjang 145 kilometer yang dimulakan sejak Oktober tahun lalu kini siap hampir 10 peratus sekali gus mendahului jadual asal.

Beliau berkata projek bernilai RM270 juta yang bakal memendekkan masa perjalanan dari Tawau ke Kota Kinabalu antara tiga hingga empat jam dijangka siap sepenuhnya pada Oktober 2013 iaitu tempoh pembinaan selama kira-kira 24 bulan.

"Kerja-kerja fasa pertama pembinaan Jalan Kalabakan-Sapulut ini sebenarnya telah selesai pada tahun 2008 dan kos bagi fasa pertama ialah RM650 juta.Kalau dicampurkan RM270 juta dan RM650 juta, ia menjadi RM920 atau hampir RM1 bilion Kerajaan Pusat peruntukkan untuk pembinaan Jalan Kalabakan-Sapulut ini sahaja.

"Walaupun kos ini dilihat suatu yang besar tetapi kerajaan mempunyai pendirian bahawa dengan adanya Jalan Kalabakan-Sapulut ini, ia akan memberi pulangan ekonomi yang besar bukan sahaja kepada penduduk Kalabakan dan Tawau malah mereka yang tinggal di Pantai Timur Sabah termasuk Semporna," katanya.

Shaziman berkata demikian kepada pemberita selepas melawat lokasi projek berkenaan di Kalabakan, kira-kira 100 kilometer dari sini.

Sebelum itu, Shaziman yang diiringi Anggota Parlimen Kalabakan Datuk Abdul Ghapur Salleh, diberi taklimat berkenaan perkembangan projek itu di Felda Kalabakan Tengah.

Menurut Shaziman apabila projek berkenaan siap kelak, faedahnya akan dinikmati secara tidak langsung bukan sahaja penduduk bandar di Pantai Timur Sabah tetapi juga bandar dan pekan di kawasan pedalaman negeri ini seperti Keningau, Tambunan dan Tenom.

Katanya Kerajaan Persekutuan sentiasa menerima pandangan daripada Kerajaan Negeri Sabah khasnya Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah berhubung keperluan rangkaian jalan raya di Sabah bagi memastikan ia sentiasa dalam keadaan baik.

Mengenai pemantauan Jalan Kalabakan-Sapulut apabila siap kelak, memandangkan jalan berkenaan masih menjadi laluan kenderaan berat termasuk lori-lori balak, Shaziman berkata pihaknya akan meminta kerja sama daripada pelbagai agensi termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan bagi membantu mengurangkan kes kenderaan lebih muatan menggunakan jalan itu.

"Kesannya bukan sahaja kepada orang ramai tetapi juga akan melibatkan kos yang tinggi untuk kerja-kerja menyelenggara jalan ini.

Sudah pasti ia merupakan satu tekanan kepada JKR Sabah sekiranya jalan-jalan raya ini mendap kerana dilalui kenderaan lebih muatan," katanya.

Mengenai kerja baik pulih 13 lokasi jalan runtuh di sepanjang Jalan Tawau-Kalabakan, Shaziman berkata kerja-kerja membaik pulih 10 lokasi jalan runtuh itu kini sedang berjalan lancar sementara selebihnya akan dilaksanakan kemudian.

Mengulas isu lain, Shaziman menolak dakwaan sesetengah pihak kononnya mutu Jalan Persekutuan di Sabah adalah rendah berbanding Jalan Persekutuan di Semenanjung kerana piawaian Jalan Persekutuan yang dilaksanakan di seluruh negara dan dipantau JKR adalah sama. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan