Pemandu Teksi Akan Dilantik 'Duta' Pelancongan - Dr Ng

Diterbitkan: Selasa, 28 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kira-kira 4,000 pemandu teksi di Lembah Klang yang memiliki kualiti terpuji sebagai petugas barisan depan, akan dilantik sebagai "duta" pelancongan mulai bulan depan.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berkata, pihaknya sedang mencari pemandu teksi yang tidak merokok, memiliki kemahiran asas komunikasi dan paling penting, yang sentiasa menjaga kebersihan kenderaan masing-masing untuk diberi tugas itu.

Program berkenaan, yang merupakan isisiatif kementerian itu, bertujuan memberi pengiktirafan terhadap peranan penting pemandu teksi, di samping meningkatkan kesedaran golongan itu tentang pentingnya memberi perkhidmatan yang berkualiti tinggi.

Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Jualan Grand Prix (GP) 1Malaysia di The Pavilion, di sini Selasa, Dr Ng berkata, program itu akan bermula pada pertengahan Mac dengan penglibatan 100 pemandu teksi.

Katanya, kementerian berkenaan akan bekerjasama dengan persatuan teksi untuk mengenal pasti pemandu yang layak menyertai program itu.

"Setelah dipilih oleh hakim yang kami lantik, pemandu teksi berkenaan akan menjalani kursus kesedaran selama sehari anjuran kementerian ini di mana kami akan memberi penerangan kepada mereka tentang peranan mereka sebagai duta pelancongan," katanya.

Dr Ng berkata, kementerian itu juga memandang serius aduan orang ramai dan pelancong tentang pemandu teksi, terutama berkaitan sikap dan penggunaan meter.

Mengenai Jualan GP 1Malaysia, beliau berkata, ia akan membantu mempromosikan Malaysia sebagai destinasi beli-belah tanpa cukai.

Jualan yang menawarkan diskaun dan belian hebat itu akan diadakan mulai 10 Mac hingga 15 April.

Upacara perasmian itu didahului dengan Dr Ng berjalan melalui laluan pejalanan kaki berbumbung dan berhawa dingin baru yang menghubungkan Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dan Bukit Bintang, yang merupakan kawasan beli-belah dan pelancongan utama di ibu negara.

Laluan bertiang berukuran 562 meter panjang dan lima meter lebar itu dibuka dari 6 pagi hingga 11 malam setiap hari. Ia merentasi kawasan sibuk di Jalan Pinang, Jalan Perak dan Jalan Raja Chulan dan dilengkapi eskalator serta tangga yang menghala ke lokasi strategik dan menjadi tumpuan ramai.

Laluan itu membentuk sebahagian besar daripada laluan pejalan kaki sepanjang 1.173 km yang menghubungkan KLCC dan Bukit Bintang serta dilengkapi kamera televisyen litar tertutup (CCTV) dan pengawal keselamatan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 22 Jun 2017 3:00 PM

EKSKLUSIF! Wany Hasrita Cinta Eric Fuzi?

Khamis, 22 Jun 2017 12:12 PM

Sharifah Amani Pantang Kena Tegur?

Khamis, 22 Jun 2017 9:00 AM

Sayu... Air Mata Kerinduan Ir Radzi

Rabu, 21 Jun 2017 3:00 PM

Zul Ariffin Nak Balas Dendam?

Rabu, 21 Jun 2017 12:05 PM

Wow! Fauziah Latiff Masih 'Hot'

Rabu, 21 Jun 2017 9:30 AM

Bella Nazari Pernah Buat 'Kerja Gila'

Selasa, 20 Jun 2017 3:00 PM

Fathia Latiff Mangsa Komen Lucah

Selasa, 20 Jun 2017 12:00 PM

Kesiannya... Tajul Kesepian

Selasa, 20 Jun 2017 9:25 AM

Abam 'Recycle' Baju Raya

Kolumnis

iklan

Iklan