Nurul Izzah Fail Laporan Polis Dakwa Cuba Diserang Penyokong Umno

Diterbitkan: Selasa, 28 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar pada Isnin memfailkan laporan polis berhubung dakwaan cuba diserang oleh seorang individu yang dipercayai penyokong Umno pada satu ceramah di Pahang lewat malam Ahad.

Menerusi laporan polis yang dibuat di Balai Polis Damansara, Nurul Izzah menyatakan bahawa beliau diterkam seorang lelaki berbadan besar ketika sedang menyampaikan ceramah di sebuah gerai makan di Felda Lepar Hilir, Paya Besar.

Bagaimanapun lelaki berkenaan berjaya dihalang oleh penyokong pembangkang yang berada berdekatan dengan kedudukan Nurul Izzah sedang berceramah.

"Secara tiba-tiba seorang lelaki berbadan agak besar memakai kemeja-t merah meluru ke arah saya seakan hendak memukul saya.

"Saya bernasib baik kerana pelaku tersebut ditepis oleh salah seorang penyokong yang berdekatan dengan saya," katanya menerusi laporan polis berkenaan.

Selain Nurul Izzah, Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad turut memfailkan laporan polis di balai yang sama berhubung insiden kekacauan oleh sekumpulan penyokong Umno pada ceramah di lokasi yang sama.

Selain itu menurut Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, menerusi maklumat oleh pegawai polis ditempat kejadian, lelaki yang cuba menyerangnya merupakan individu yang dikenali sebagai seorang penyokong kuat Umno.

"Polis mengenal pasti pelaku terbabit dan memberitahu kepada saya bahawa lelaki berkenaan bernama Asrullah Affendi Abdullah," katanya pada sidang media selepas itu.

Menceritakan kembali mengenai insiden tersebut, Nurul Izzah berkata kehadiran beliau dan Nik Nazmi disambut dengan provokasi sekumpulan penyokong Umno yang memegang bendera parti itu dan Barisan Nasional (BN) berdekatan dengan gerai tempat ceramah pembangkang itu diadakan.

Malah menurut Nurul Izzah, kumpulan tersebut turut memasang lagu Umno menggunakan pembesar suara bertujuan mengganggu ceramah pembangkang.

Sementara itu pada sidang media yang sama, Nik Nazmi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia menggesa Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin bertanggungjawab terhadap insiden kekecohan tersebut.

Menurut beliau, Khairy perlu menyatakan pendirian mengenai sikap sebenar Pemuda Umno terutama dalam menimbulkan kekecohan terhadap beberapa aktiviti ceramah pembangkang.

"Khairy perlu nyatakan pendiriannya. Beliau tidak boleh berdiam diri begitu sahaja.

"Ini bukan kali pertama golongan muda diperalatkan bertindak sebagai pekakas untuk menjadi samseng menyerang Pakatan Rakyat.

"Saya kesal dengan apa yang berlaku kerana ia menunjukkan sikap yang tidak matang. Malah tindakan cuba menyerang Nurul Izzah juga adalah perbuatan yang memalukan," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan