Najib Perlu Ikhlas Banteras Rasuah - PAS - Berita Semasa | mStar

Najib Perlu Ikhlas Banteras Rasuah - PAS

Diterbitkan: Selasa, 28 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pada Selasa menasihatkan agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu ikhlas dalam usaha beliau untuk membanteras rasuah di negara ini.

Najib dilaporkan media pada Isnin berkata, sebuah Suruhanjaya Perkhidmatan Pencegahan Rasuah wajar ditubuhkan namun memerlukan pindaan Perlembagaan Persekutuan sekiranya Barisan Nasional (BN) diberi mandat dua pertiga dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.

Tuan Ibrahim berkata, Perdana Menteri tidak perlu menunggu untuk mendapatkan dua pertiga majoriti dalam pilihanraya akan datang kerana rakyat akan menilai sejauh mana kerajaan menyokong usaha membanteras rasuah dengan menilai sokongan BN.

“Jika Perdana Menteri ikhlas dalam membanteras rasuah, beliau tidak perlu mengambil usul ini sebagai satu lagi janji untuk mendapatkan undi rakyat kerana PAS dan Pakatan Rakyat sudah tentunya akan menyokong usul tersebut asalkan ia memberi manfaat kepada negara dan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.

Cadangan menubuhkan Suruhanjaya Perkhidmatan Pencegahan Rasuah adalah berdasarkan pandangan Lembaga Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi melihat kebebasan badan itu.

Tuan Ibrahim berkata, SPRM sepatutnya diberikan kepada kuasa pendakwaan dan bukan lagi tertakluk kepada budi bicara Peguam Negara.

“Apa yang penting bagi SPRM bukan siasatan semata-mata tetapi turut mempunyai kuasa pendakwaan.

“PAS melalui Jawatankuasa Khas Parlimen akan meneliti dan mengemukakan usul penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Pencegahan Rasuah yang dicadangkan itu melibatkan kuasa pendakwaan,” katanya lagi.

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan