Malaysia Akan Ketengah Agenda Penting Pada Pembukaan AMRI - Kamaruddin Siaraf

Diterbitkan: Selasa, 28 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia akan mengetengahkan agenda penting pada majlis pembukaan Persidangan Menteri-menteri Asean Bertanggungjawab bagi Maklumat (AMRI) ke-11 pada Khamis ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Kamaruddin Siaraf berkata perkara itu akan dilakukan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dijadual merasmikan persidangan dan Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Kamaruddin yang ditemui pemberita di luar Mesyuarat Pegawai Kanan Asean Bertanggungjawab bagi Maklumat (SOMRI) selepas mempengerusikannya hari ini, bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Berkenaan mesyuarat itu, beliau berkata perwakilan gembira dengan persiapan yang dilakukan Malaysia dalam penganjuran Persidangan AMRI ke-11, iaitu kali kedua selepas 1991.

"Fokus kita pagi ini hanya untuk melaporkan perkembangan projek dan program yang dipersetujui pada mesyuarat lepas dan juga membincangkan tentang jawatankuasa kecil di bawah SOMRI dan AMRI. Kebanyakan negara peserta juga memberikan laporan yang baik," katanya.

Mesyuarat tiga hari itu bertemakan "Media: Mengakrabkan Hubungan dan Menjalin Budaya ke Arah Komuniti Satu Asean".

Komuniti Asean terdiri daripada tiga tonggak iaitu Komuniti Politik-Keselamatan Asean, Komuni Ekonomi Asean dan Komuniti Sosiobudaya Asean.

Kamaruddin berkata mesyuarat hari ini juga memaklumkan 45 daripada 46 projek yang dikenal pasti Asean dalam bidang maklumat telah dilaksanakan dengan baik oleh 10 negara anggota.

"Projek itu bukan tidak berjalan tetapi Sekretariat Asean tak minta laporan daripada kita. Jadi mereka fikir projek tidak dilaksanakan...terutamanya mengenai bagaimana mempromosikan Asean pada peringkat nasional," katanya ketika ditanya mengapa satu daripada projek terbabit tidak dilaksanakan.

Mengulas lanjut, Kamaruddin berkata Malaysia telah menjalankan pelbagai aktiviti bagi meningkatkan kesedaran rakyat mengenai Asean, dan satu daripadanya ialah Persidangan Serantau Blogger Malaysia-Asean yang pertama pada April lepas.

Asean dianggotai Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan