Kempen Mydaftar Berjaya, Sambutan Menggalakkan

Diterbitkan: Selasa, 28 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KULIM: Kempen Mydaftar yang dilancarkan tahun lepas bagi membantu golongan tidak memiliki kad pengenalan mendapat dokumen pengenalan diri menerima sambutan menggalakan dengan kira-kira 8,500 permohonan diterima, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata kerajaan telah meluluskan 5,500 permohonan manakala kira-kira 3,000 lagi ditahan untuk siasatan lanjut kerana masalah dokumentasi tidak sempurna atau tidak lengkap.

Katanya, pemohon yang menghadapi masalah dokumentasi akan dibantu dan permohonan mereka tidak ditolak begitu saja.

"Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sangat mengambil berat kempen ini bagi memastikan setiap warganegara memiliki kad pengenalan diri," kata Dr Subramaniam kepada pemberita selepas majlis penyerahan surat kelulusan dokumen pengenalan diri kepada 126 orang sempena kempen Mydaftar peringkat negeri di Dewan Sabha di sini, Selasa.

Beliau berkata sebahagian besar permohonan diterima daripada Lembah Klang tetapi beliau tidak menyebut bilangannya.

"Di kalangan masyarakat India, ramai mereka yang tidak memiliki pengenalan diri kerana tidak mengambil berat untuk mendaftar perkahwinan dan kelahiran anak," katanya.

Ketika berucap sebelum itu Dr Subramaniam berkata kementeriannya, Kementerian Dalam Negeri serta agensi kerajaan berkaitan terutama Jabatan Pendaftaran Negara, parti-parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO) bekerjasama baik menjayakan kempen itu.

"Kerajaan Barisan Nasional (BN) mahu setiap rakyat menikmati hak sebagai warganegara yang sah dan kerana itu kejayaan kempen ini adalah penting," katanya.

Menurutnya, sebanyak 204 lagi permohonan yang diterima di Kedah masih lagi diproses.

Hadir sama di majlis itu ialah pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah merangkap pengerusi BN negeri, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, pengerusi MCA Kedah, Datuk Chong Itt Chew dan pengerusi MIC Kedah, S. Anathan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan