Kementerian Kesihatan Akan Keluarkan Garis Panduan Kepada Pengamal Kecantikan

Diterbitkan: Selasa, 28 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan akan mengeluarkan satu garis panduan kepada pengamal kecantikan bagi mengawal selia dan menerangkan skop tugas mereka dengan lebih jelas.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, garis panduan itu, yang dijangka dikeluarkan pada suku pertama tahun ini, turut diwujudkan bagi menjamin kualiti serta keselamatan pengguna.

"Saban tahun, kementerian sering menerima aduan daripada pengguna berkaitan pelbagai masalah yang membabitkan industri kecantikan seperti kulit terbakar, ada yang mendapat jangkitan selepas menerima suntikan daripada pendandan, dan kes terpencil lain seperti prosedur yang betul, gagal dijalankan akibat mendapat rawatan dari mereka yang tidak berkelayakan.

"Oleh itu, kementerian telah menubuhkan satu jawatankuasa yang terdiri daripada pakar dermatologi, pakar bedah plastik, doktor perubatan dan pegawai dari kementerian untuk meneliti dan membincangkan mengenai isi kandungan garis panduan tersebut.

"Kementerian memandang serius hal ini, dan garis panduan ini meliputi semua prosedur kecantikan invasif serta rawatan yang memerlukan kehadiran pengamal perubatan dan pergigian berdaftar," katanya kepada pemberita, Selasa.

Liow berkata, garis panduan yang sedang dalam peringkat akhir penilaian itu akan menerangkan dengan lebih jelas berkenaan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan seorang pengamal kecantikan.

"Contohnya, bagi prosedur suntikan, laser dan pembedahan plastik, hanya mereka yang layak dan terlatih seperti ahli dermatologi, pakar bedah plastik serta pengamal am estetik sahaja yang boleh menjalankan kaedah rawatan tersebut kerana memerlukan kemahiran teknikal," katanya.

Terdahulu, beliau merasmikan Pameran Kecantikan Malaysia 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Pameran empat hari itu, yang bermula semalam, disertai kira-kira 108 pempamer dari 17 negara termasuk Malaysia, Perancis, Kanada, Itali, New Zealand, Sepanyol, Korea Selatan dan Jepun, dengan lebih 180 jenama kecantikan.

Pameran itu bertujuan mempromosi dan meningkatkan industri kecantikan negara melalui perkongsian maklumat dan teknologi. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan