Isytihar Harta Kepada SPRM, Tidak Timbul Isu Keselamatan

Diterbitkan: Selasa, 28 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abu Kassim Mohamad berkata tidak timbul isu keselamatan jika suruhanjaya itu diberi kebenaran untuk mengakses dokumen pengisytiharan harta anggota pentadbiran Persekutuan termasuk anggota Kabinet.

Katanya yang menjadi perhatian SPRM bukan jumlah aset yang ada sebelum mereka menjadi menteri atau timbalan menteri, paling penting ialah ada atau tidak perkembangan pertambahan yang mendadak.

"Kita (SPRM) akur dengan apa yang dilaporkan tetapi yang menjadi perhatian SPRM iaitu sama ada semasa mereka memegang jawatan dalam kerajaan terdapat pertambahan yang besar atau tidak," katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Abu Kassim berkata demikian sebagai menjawab soalan wartawan mengenai pandangan sesetengah pihak sekiranya dokumen pengisytiharan harta itu diberikan kepada SPRM, ia boleh mengancam keselamatan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa merasmikan Program Pegawai Integriti Bertauliah pada Isnin mengumumkan kerajaan bersetuju dengan cadangan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah supaya Ketua Pesuruhjaya SPRM mempunyai akses penuh kepada dokumen-dokumen pengisytiharan harta mana-mana anggota pentadbiran.

Abu Kassim berkata SPRM bersyukur kerana Perdana Menteri telus di dalam usaha meningkatkan pengurusan intergriti terutamanya dalam pentadbiran awam.

Justeru itu, beliau berharap agar kerajaan negeri akan turut sama mengikut jejak langkah Kerajaan Persekutuan.

Pada 12 Dis lepas, Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah mencadangkan salinan fail pengisytiharan harta anggota pentadbiran Persekutuan termasuk anggota Kabinet, disimpan SPRM.

Pengisytiharan harta itu meliputi anggota keluarga terdekat iaitu isteri, suami dan anak, serta perlu dibuat secara akuan berkanun untuk memudahkan tindakan diambil jika berlaku penipuan dalam pengisytiharan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan