Isu Exco Kedah: Perbincangan Positif, Tunggu Mesyuarat Khas 1 Mac – Salahuddin

Diterbitkan: Selasa, 28 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Salahuddin Ayub.
Salahuddin Ayub.

PETALING JAYA: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, pertemuan beliau dengan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan dua exco kerajaan negeri itu pada Selasa mengenai kemelut yang berlaku di Kedah merupakan suatu perbincangan yang positif.

Beliau bagaimanapun berkata, isu berkenaan akan diperbincangkan Mesyuarat Kas Jawatankuasa Pas Pusat pada 1 Mac ini.

“Perbincangan hari ini sangat positif. Banyak pandangan, cadangan dan pemikiran dalam menyelesaikan isu yang berlaku di kedah.

“Dalam mesyuarat khas itu nanti kita akan membuat keputusan mengenai langkah-langkah untuk memastikan kepimpinan di Kedah berjalan dengan baik,” katanya ketika dihubungi mStar Online, Selasa.

Salahuddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, beliau yakin sesuatu yang positif akan diputuskan selepas mengadakan perbincangan pada Selesa termasuk mesyuarat khas jawatankuasa Pas Pusat.

PAS Pusat pada Isnin memutuskan Salahuddin sebagai pengantara untuk mengadakan pertemuan bagi campur tangan dalam menyelesaikan kemelut di Kedah.

Selain Azizan, dua exco yang ditemui Salahuddin adalah Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatam, Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Datuk Phahrolrazi Zawawi yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah, dan Pengerusi Kesihatan, Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO), Pembangunan Insan, Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi negeri, Datuk Dr Ismail Salleh yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kedah.

Keengganan kedua-dua mereka menerima pelantikan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan kepimpinan Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri berhubung pentadbirannya di Kedah.

Lapan anggota exco kerajaan negeri pada Selasa mengangkat sumpah jawatan di hadapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Datuk Seri Tunku Annuar Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit, Kedah pada Selasa.

Mereka adalah Datuk Amiruddin Hamzah, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul, Datuk Dr. Hamdan Mohamed Khalib, Lim Soo Nee, Abd Ghani Ahmad, Tan Joon Long @ Tan Chow Kang, Datuk Siti Ashah Ghazali dan S. Manikumar, yang masing-masing menerima tawaran pelantikan semula.

Azizan sebelum ini mengumumkan hanya lapan exco akan mengangkat sumpah jawatan bagi sesi 2012 walaupun lazimnya exco kerajaan negeri dibarisi 10 anggota.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan