Azizan Tidak Tolak Kemungkinan Baki Dua Exco Akan Dilantik Semula

Diterbitkan: Selasa, 28 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Dua anggota exco kerajaan negeri Kedah yang tidak mengangkat sumpah pada Selasa masih berpeluang dilantik semula selepas tempoh khidmat mereka tamat secara rasmi 7 Mac ini.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata selepas tarikh itu, jika mereka tidak dilantik semula, portfolio yang belum diisi akan diagihkan kepada anggota exco sedia ada untuk sementara waktu.

Dua exco yang tidak mengangkat sumpah pada Selasa ialah Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh.

"Kuota untuk exco ada 10, yang dilantik lapan dulu kerana yang dua itu kemungkinan kita akan lantik atau tak lantik, yang dua itu masih exco hingga 7 haribulan depan.

"Sekarang ini ada buat perubahan sikit dalam portfolio masing-masing dan ada yang kekal dengan portfolio lama," katanya pada sidang media selepas majlis angkat sumpah dan penyerahan watikah pelantikan anggota exco di Istana Anak Bukit, di sini Selasa.

Pada majlis angkat sumpah exco bagi tahun 2012 hari ini, portfolio anggota exco yang berubah ialah Datuk Amiruddin Hamzah kini menjadi Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air, Tenaga, Industri dan Pelaburan; Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib pula Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Belia dan Sukan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan; dan Abd Ghani Ahmad dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Badan-badan Bukan Kerajaan dan Pembangunan Insan.

Sementara itu, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul kekal selaku Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran dan Koperasi, manakala Datuk Siti Ashah Ghazali Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Masyarakat.

Datuk S. Manikumar dilantik semula sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Hal Ehwal Masyarakat Siam.

Lim Soo Nee dilantik semula memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Perpaduan dan Pengurusan Sumber Manusia, manakala jawatan Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan kekal disandang Tan Joon Long.

"Itu lain, exco lain, parti lain... lagipun belum muktamadkan lagi (pelantikan semula exco), mungkin lepas ni mereka akan masuk balik (jadi exco semula).

"Mereka nilai sendirilah, saya dah beritahu presiden dan setiausaha agung (parti) dan adakan perjumpaan dengan kepimpinan tertinggi, apa-apa pun saya mesti lapor kepada pihak tertinggi saya.

"Saya dilantik oleh (pucuk pimpinan) pusat, bukan Kedah sepenuhnya milik saya, saya tertakluk kepada sistem dan arahan parti, apa yang pusat arah saya ikut dan yang penting saya akan pastikan kerajaan PAS kekal di Kedah," katanya.

Phahrolrazi merupakan Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah manakala Dr Ismail adalah Timbalan Pesuruhjaya II. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan