Pemimpin PKR, Pasangan Beri Keterangan Di Jaip Hari Ini - Berita Semasa | mStar

Pemimpin PKR, Pasangan Beri Keterangan Di Jaip Hari Ini

Diterbitkan: Isnin, 27 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan dipanggil semula ke pejabat Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) pada Isnin bagi membantu siasatan berhubung dakwaan khalwat terhadapnya dengan seorang wanita yang sudah bersuami di sebuah hotel di sini Sabtu.

Timbalan Pengarah JAIP Datuk Mohd Ghazali Abd Aziz berkata pemimpin itu bersama wanita berkenaan perlu tampil memberi keterangan dalam proses siasatan terhadap kes tersebut.

Ia merupakan satu prosedur biasa dalam kes seperti itu, katanya di sini Ahad.

Beliau berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.

Katanya, kertas hasil siasatan tersebut akan diserahkan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan lanjut.

Kejadian khalwat itu dikatakan berlaku pada kira-kira pukul 3 pagi semalam di bilik sebuah hotel di Balok di sini. - BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan