NFC Tak Perlu Takut Siasatan Polis Jika Tak Bersalah – Syed Ali

Diterbitkan: Isnin, 27 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: National Feedlot Corporation (NFC) tidak perlu takut terhadap siasatan polis sekiranya tidak bersalah, kata Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

“Serahkan kepada polis dan Peguam Negara dakwa mereka yang terbabit. Kalau tak bersalah pihak NFC tak perlu takut," katanya dalam blog Umno Bahagian Cheras.

Syed Ali menyifatkan pihak polis telus dalam menjalankan siasatan berhubung dakwaan berlaku penyelewengan dalam NFC.

Jelasnya, kesungguhan polis menjalankan siasatan berhubung isu kontroversi itu juga membuktikan tidak ada 'keistimewaan' dalam mana-mana kes walaupun ada kaitan dengan mereka yang berpengaruh.

"Oleh sebab itu, saya mengalukan-alukan ketegasan polis dan memuji jabatan berkenaan kerana prihatin terhadap pandangan dan kehendak rakyat supaya siasatan dijalankan ke atas NFC," tegasnya.

Menurut Syed Ali, polis akan mengambil masa yang agak lama untuk menyiasat satu-satu kes sebelum diumumkan hasil siasatannya.

Ini katanya, adalah tidak munasabah apabila pihak pengurusan NFC menafikan berlaku pecah amanah atau penyelewengan berhubung isu NFC.

"Polis lakukan siasatan secara terperinci, jika ada kes mereka akan kemukakan laporan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya," ujarnya.

Polis pada Sabtu mencadangkan kepada Peguam Negara mendakwa Pengerusi Eksekutif NFC, Dr. Mohamad Salleh Ismail atas pertuduhan pecah amanah.

Pengarah Jabatan Siasatan Komersial Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, cadangan itu terkandung dalam kertas siasatan disiapkan polis, setelah dikembalikan pihak Peguam Negara selasa lepas bagi menyiasat beberapa perkara lain.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak pada Ahad pula dilaporkan memberitahu, beliau tidak boleh buat andaian apa akan berlaku dalam kes NFC.

"Hanya Peguam Negara yang berhak putuskan," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan