Ketua Polis Negara Dikurnia Pingat Raja Thailand

Diterbitkan: Isnin, 27 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar pada Isnin dikurniakan pingat 'Knight Grand Cross (First Class) of the Most Noble Order of the Crown of Thailand'.

Raja Thailand Raja Bhumibol Adulyadej berkenan mengurniakan pingat itu yang disampaikan oleh Ketua Polis Thailand Jen Priewpan Damapong kepada Ismail, pada satu majlis di Ibu Pejabat Polis Thailand di sini.

Pengurniaan bintang itu sebagai menghargai Ismail yang banyak memainkan peranan dalam mengukuhkan hubungan persahabatan antara kedua-dua negara membabitkan aspek pencegahan dan pengekangan jenayah rentas sempadan, yang menyumbang kepada keamanan di kawasan sempadan kedua-dua negara. Sementara itu, Pengarah Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Datuk Seri Akhil Bulat pula dikurniakan pingat 'Knight Commander (Second Class) of the Most Exalted Order of the White Elephant'.

Pingat itu yang disampaikan Ketua Polis Thai kepada Akhil pada majlis sama adalah sebagai menghargai beliau yang memainkan peranan penting dalam kerjasama dengan Polis Diraja Thailand, terutama membabitkan pegawai polis Thai yang ditempatkan di Malaysia selama ini, sekali gus menyumbang kepada kejayaan risikan dan keselamatan Thailand.

Turut hadir pada majlis itu Duta Besar Malaysia ke Thailand, Datuk Nazirah Hussain. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan