Kerajaan Perlu Segera Bekukan Aset NFC - Tony Pua

Diterbitkan: Isnin, 27 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua Publisiti DAP Tony Pua menggesa kerajaan dengan segera membekukan semua aset Perbadanan Fidlot Nasional (NFCorp) sama ada di Malaysia atau luar negara.

Menurut Pua, tindakan itu perlu dilakukan agar dapat memastikan dana awam yang belum digunakan tidak disalahguna untuk kepentingan peribadi pihak tertentu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas syor yang dikemukakan oleh polis agar Jabatan Peguam Negara mendakwa Pengerusi Eksekutif NFCorp atas tuduhan pecah amanah.

Mengulas lanjut, Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata Jabatan Peguam Negara wajar mengambil tindakan tersebut kerana NFC telah melanggar syarat-syarat perjanjian dengan menggunakan dana untuk tujuan lain.

“Ia terbukti bahawa pengerusi NFC didakwa menggunakan wang dari dana pinjaman itu untuk membeli hartanah di Kuala Lumpur dan Singapura.

“Ekoran pengesahan polis bahawa pindahan aset secara tidak sah merupakan jenayah pecah amanah, justeru kami menyeru polis membekukan pindahan atau jualan aset yang dimiliki NFC dan lembaga pengarah NFCorp,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Jelasnya, pembekuan aset itu perlu dilakukan serta-merta memandangkan kesemua aset itu terletak di bawah nama pengarah NFCorp.

“Kebanyakan aset sama ada secara langsung atau tidak secara langsung dibuat di bawah nama pengarah NFC. Ini termasuk aset di Malaysia dan Singapura, serta syarikat-syarikat di Singapura seperti MeatWorks (Singapura) Pte Ltd.

“Untuk memastikan aset-aset ini tidak dihapuskan melalui perbelanjaan daripada pinjaman mudah RM250 juta, polis mesti memulakan tindakan ke atas semua aset dan membekukan semua aset NFC,” katanya.

Pada Sabtu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Syed Ismail Syed Azizan dilaporkan berkata cadangan itu terkandung dalam kertas siasatan yang sedang disiapkan polis, setelah dikembalikan pihak Peguam Negara Selasa lepas bagi menyiasat beberapa perkara lain.

"Kita ada menyelitkan cadangan ini agar pihak Peguam Negara mengambil tindakan itu. Kertas siasatan ini akan dikembalikan dalam masa terdekat," katanya.

Isu NFC, yang diterajui Mohamad Salleh, suami Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mula mendapat perhatian ramai selepas Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober lalu menyatakan pusat itu gagal memenuhi matlamat penubuhannya.

Ia semakin panas selepas pembangkang mendakwa wujud penyelewengan terhadap peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada NFC.

Bagaimanapun, Shahrizat menegaskan dirinya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan projek berkenaan.

NFC ialah projek 'Lembah Daging' di Gemas, Negeri Sembilan yang bertujuan meningkatkan pengeluaran daging tempatan serta mengurangkan pergantungan negara terhadap daging import

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan