Surat Dr M Kepada Ehud Mubarak Didedah Minggu Depan - Najib

Diterbitkan: Ahad, 26 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEKINCHAN: Kerajaan akan mendedahkan isi kandungan perutusan surat antara bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Perdana Menteri Israel Ehud Barak awal minggu depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata beliau telah mengarahkan Wisma Putra untuk menyemak surat tersebut dan mendapati ia boleh disiarkan untuk umum.

"Wisma Putra telah memberi ulasan dan saya sendiri juga telah menyemak surat tersebut. Esok lusa, kita akan mengambil langkah untuk membenarkan surat itu diterbitkan secara terbuka, supaya rakyat faham tujuan Tun Dr Mahathir menulis surat itu untuk memperjuangkan nasib rakyat Palestin yang menuntut kepada satu negara Palestin yang berdaulat," katanya kepada pemberita di SJKC Yoke Kuan di sini.

Katanya, surat tersebut menunjukkan keprihatinan Dr Mahathir dalam proses kedamaian di Timur Tengah dan isi kandungannya juga menepati dasar kerajaan Malaysia dari dahulu hingga sekarang.

Beliau berkata isu surat itu telah dimanipulasikan oleh pihak pembangkang yang sengaja mahu membangkitkan rasa sangsi rakyat terhadap pendirian kerajaan dalam isu ini, tetapi yang sebenarnya mereka mahu mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah menyatakan sokongan terhadap Israel. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan