Sudah Lama Niat Dedah Isi Kandungan Surat Kepada Israel:Dr Mahathir

Diterbitkan: Ahad, 26 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA SAMARAHAN: Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau sudah lama berniat mahu mendedahkan isi kandungan perutusan surat kepada bekas Perdana Menteri Israel Ehud Barak ketika memegang tampuk pemerintahan negara.

Dr Mahathir berkata hasrat berkenaan ingin dilakukan beliau semasa menulis buku memoir "A Doctor In The House" namun atas sebab tertentu kerajaan melarang beliau daripada berbuat demikian.

"Saya memang mahu dedahkan isi kandungan surat kepada Israel itu dalam buku terbaru saya, tapi atas sebab tertentu kerajaan menghalang hasrat itu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah "Patriotisme dan Politik" di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di sini, Ahad.

Dr Mahathir berkata beliau bagaimanapun berterima kasih kepada kerajaan kerana bersetuju untuk mendedahkan kandungan surat itu minggu hadapan dan berharap ia dapat memperbetulkan sangkaan buruk yang dilontar pihak tertentu terhadapnya ketika ini.

Beliau berkata pelbagai tuduhan buruk dilemparkan kepadanya sejak akhir-akhir ini berhubung dakwaan pembangkang yang cuba mengaitkannya dengan Israel.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad berkata kerajaan akan mendedahkan isi kandungan perutusan surat antara Dr Mahathir dan Barak awal minggu depan.

Najib berkata surat itu menunjukkan keprihatinan Dr Mahathir dalam proses kedamaian di Timur Tengah dan isi kandungannya juga menepati dasar kerajaan Malaysia dari dahulu hingga sekarang.

Perdana Menteri berkata berkata isu surat itu dimanipulasikan oleh pihak pembangkang yang sengaja mahu membangkitkan rasa sangsi rakyat terhadap pendirian kerajaan sekaligus mahu mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan sokongan terhadap Israel. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan