Raja Muda Perak Hadiri Malam Kemuncak Festival Dram Dunia Royal Belum

Diterbitkan: Ahad, 26 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GERIK: Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah berkenan berangkat ke Majlis Penutup Festival Dram Dunia Royal Belum di Lapangan Terbang Gerik di sini, malam Ahad.

Baginda diiringi Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan anggota Parlimen Gerik Datuk Tan Lian Hoe ke majlis itu.

Pembuka tirai majlis itu diserikan dengan pelbagai jenis persembahan tarian tempatan serta percikan bunga api berwarna-warni.

Baginda berkenan memalu gong sebanyak tiga kali, simbolik majlis penutup.

Kumpulan dari Thailand, Absolute Thai memulakan persembahan, disusuli dengan 12 lagi persembahan kumpulan lain termasuk Kuala Lumpur Drumline Corps (Malaysia), Wadaiko Syo (Jepun), Bonita (Vietnam) dan Rhythm Masala (Singapura).

Terdahulu, kira-kira 5,000 pengunjung membanjiri lapangan terbang itu sejak pukul 6 petang untuk menyaksikan persembahan itu. Sepanjang tempoh Festival selama enam hari bermula 21 Feb itu, kumpulan tersebut telah mengadakan persembahan di beberapa buah daerah di negeri ini terutama daerah yang mempunyai produk pelancongan. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan