Projek Rumah Mesra Rakyat Fokus Utama SPNB Tahun Ini

Diterbitkan: Ahad, 26 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) berjaya menyempurnakan pembinaan 1,007 unit rumah pada akhir bulan lalu daripada 10,000 unit rumah yang disasarkan tahun ini menerusi Projek Rumah Mesra Rakyat di bawah kaedah Sistem Binaan Industri (IBS).

Pengarah Urusannya Datuk Dr Kamarul Rashdan Salleh berkata daripada 1,007 unit rumah mesra rakyat yang telah disempurnakan itu, kebanyakannya dibina di negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah.

"Projek Rumah Mesra Rakyat dengan 10,000 unit rumah dengan mengggunakan kaedah IBS merupakan fokus utama SPNB tahun ini dengan kos sebanyak RM650 juta," katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa program komuniti SPNB bersama mangsa banjir di Kampung Manjoi di sini, Ahad.

Rumah-rumah di bawah projek ini adalah bernilai RM60,000 dengan subsidi oleh kerajaan sebanyak RM20,000 manakala RM45,000 melalui pembiayaan Islam, katanya.

Pada program komuniti kali ketiga ini, SPNB turut menyerahkan borang Projek Rumah Mesra Rakyat kepada Ahmad Harun, 65, bagi membina semula rumahnya yang berisiko runtuh selepas dua kali dilanda banjir. Pada program hari ini, 54 kakitangan SPNB dengan kerjasama Anggota Dewan Undangan Negeri Perak, Datuk Mohd Nadzri Ismail dan Pergerakan Pemuda Barisan Nasional Perak melawat 10 keluarga yang terjejas teruk akibat banjir kilat yang berlaku Selasa lepas. Mereka turut membantu keluarga berkenaan mencuci kediaman mereka.

Selain itu mereka juga melawat 30 anak yatim di Pertubuhan Kebajikan Kasih Nurul Iman negeri Perak yang menjalankan aktiviti memberi perlindungan, pengasuhan dan pendidikan kepada anak-anak yatim dan miskin secara percuma.

Dalam kejadian banjir itu, lebih 150 penduduk daripada 50 buah keluarga di Gugusan Manjoi dan Buntong di sini terpaksa dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara akibat kejadian banjir kilat berikutan hujan lebat.

Kesemua mereka dari Kampung Dato Ahmad Said, Kampung Tengku Hussein dan Kampung Manjoi dipindahkan berikutan paras air di beberapa batang sungai antaranya Sungai Pari dan Sungai Tapah melimpah. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan