Phahrolrazi Nafi Wujudkan Gerakan Lawan Azizan

Diterbitkan: Ahad, 26 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah Datuk Phahrolrazi Zawawi menafikan beliau ada menubuhkan gerakan untuk menentang Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

"Gerakan saya, gerakan PAS sahaja. Spekulasi tersebut tak benar dan dakwaan komplot menjatuhkan MB juga tidak benar," katanya ketika ditemui, Sabtu.

Phahrolrazi merupakan antara exco Kedah yang disebut-sebut telah menghantar surat kepada Azizan bagi menyatakan keengganan dilantik semula ke jawatan itu, yang dijadual diumumkan Selasa ini.

Ketika ini, beliau memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan, Kerja Raya dan Pertanian.

Phahrolrazi dan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kedah Datuk Dr Ismail Salleh dipercayai berbuat demikian kerana kecewa dengan sikap serta kepemimpinan Azizan, yang juga Pesuruhjaya PAS negeri, berhubung pelbagai isu yang melanda pentadbirannya sejak kebelakangan ini, dan beberapa exco lain juga dijangka berbuat demikian.

Sementara itu, Phahrolrazi yang bercuti sehingga 1 Mac, berkata beliau belum menerima surat jemputan daripada kerajaan negeri untuk menghadiri majlis pelantikan anggota exco bagi 2012 di Istana Anak Bukit, Selasa ini.

Katanya, beliau tidak kecewa atau kecil hati jika tidak dilantik semula memegang jawatan exco kerajaan negeri bagi 2012.

Phahrolrazi berkata sebagai ahli PAS, perjuangan beliau bukan dengan niat menjadi exco, sebaliknya jawatan itu dicadangkan ahli parti tersebut yang mahu beliau bertanding sebagai exco.

"Mereka suruh saya bertanding, saya bertandinglah. Kalau tidak, saya boleh jadi pekerja biasa dalam parti, dan tak ada niat (untuk pegang jawatan exco), itu bukan cara perjuangan kita," katanya.

Mengulas spekulasi yang mendakwa namanya tidak disenaraikan dalam pelantikan semula exco, beliau berkata tidak mengetahui hal itu dan mahu membiarkan Menteri Besar sahaja yang membuat kenyataan.

Beliau yang enggan mengulas lebih lanjut berkata ini bagi mengelak berlaku sebarang kekeliruan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan