Penganjur Perhimpunan Hijau 2.0 Di Pulau Pinang Tidak Maklum Kepada Polis

Diterbitkan: Ahad, 26 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang kecewa dengan penganjur Perhimpunan Hijau 2.0 yang mengadakan perhimpunan di Sudut Pidato, Padang Kota di sini, Ahad, kerana mereka langsung tidak memaklumkan kepada polis mengenai acara itu sehingga berlaku kekecohan.

Ketua Polis Negeri Datuk Ayub Yaakob berkata penganjur hanya memaklumkan kepada polis selepas berlaku kekecohan sehingga menyebabkan seorang wartawan dan seorang jurugambar sebuah akhbar berbahasa Cina cedera.

"Memang tidak memerlukan permit tetapi sepatutnya penganjur memaklumkan atau berunding dengan pihak polis berhubung perhimpunan berkenaan supaya polis dapat bersiap sedia atau menempatkan anggota di kawasan berkenaan bagi mengelak sebarang perkara tidak diingini berlaku.

"Bila berlaku kekecohan, baru penganjur maklumkannya dan mereka juga cuba menyalahkan polis kerana lambat bertindak," katanya kepada Bernama di sini malam Ahad.

Perhimpunan Hijau 2.0 yang disertai hampir 1,000 orang itu bertukar kecoh apabila sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut hadir membantah perhimpunan yang berlangsung pada pukul 6 petang itu.

Kekecohan berlaku apabila lebih 50 anggota NGO termasuk sekumpulan lelaki bermotosikal menghampiri perhimpunan Hijau 2.0 yang membantah operasi kilang Lynas di Gebeng, Pahang, sehingga berlaku tolak-menolak.

Kejadian menjadi bertambah kecoh ketika Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang turut menghadiri perhimpunan itu naik ke pentas untuk berucap sehingga terpaksa dikawal beberapa pengawal bagi menghalang anggota NGO berkenaan menghampirinya.

Keadaan menjadi semakin tegang apabila kenderaan yang dinaiki Lim ketika hendak meninggalkan perhimpunan itu dihalang anggota NGO sehingga berlaku pergelutan antara mereka dengan peserta perhimpunan yang cuba membuka laluan kepada Ketua Menteri itu.

Dalam keadaan tegang itu, wartawan dan jurugambar akhbar Kwong Wah Jit Poh iaitu Andrew Chew, 29, dan Lee Hong Chun, 25, masing-masing cedera di bahagian badan dan kepala ketika sedang menjalankan tugas. Mereka kini dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Ayub berkata polis mengambil tindakan segera selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu dengan menghantar 40 pegawai serta anggota polis untuk mengawal keadaan dan bertindak segera menyuraikan pertembungan dua kumpulan itu bagi mengelak keadaan lebih teruk.

"Apa yang saya pelik kenapa penganjur perhimpunan di Kuantan,Pahang boleh berbincang dengan polis sebelum mengadakannya tetapi penganjur di Pulau Pinang tidak boleh berbuat demikian," katanya.

Katanya siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk menyiasat pihak yang bertanggungjawab mencederakan dua petugas media berkenaan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan