Pemuda Umno Tidak Tekan Soal Bilangan Calon - Razali Ibrahim

Diterbitkan: Ahad, 26 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Pergerakan Pemuda Umno tidak menekankan soal bilangan pemimpin mereka yang bakal diberi peluang menjadi calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Sebaliknya, Naib Ketuanya Datuk Razali Ibrahim berkata mereka mahu memberi tumpuan kepada usaha mendapatkan mandat rakyat.

"Kita akur dengan pucuk pimpinan parti yang mahu semua anggota parti fokus kepada usaha mendapatkan mandat rakyat," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Maulidur Rasul di Sungai Balang Darat, di sini Ahad.

Razali yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan bagaimanapun, berkata jika diberi peluang, Pemuda Umno akan memastikan senarai calon yang dikemukakan terdiri daripada mereka yang mampu memberi kemenangan kepada parti.

Katanya Pemuda Umno juga akan memastikan calon terbabit bersedia menghadapi calon pembangkang walau di mana sekalipun mereka diletakkan.

Ditanya sama ada pergerakan itu telah menyerahkan senarai mereka kepada pucuk pimpinan parti, Razali berkata mereka belum berbuat demikian kerana masih menumpukan kepada usaha menyusun gerak kerja jentera parti. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan