Pemimpin PKR, Pasangan Beri Keterangan Di Jaip Esok

Diterbitkan: Ahad, 26 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan dipanggil semula ke pejabat Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) esok bagi membantu siasatan berhubung dakwaan khalwat terhadapnya dengan seorang wanita yang sudah bersuami di sebuah hotel di sini Sabtu.

Timbalan Pengarah JAIP Datuk Mohd Ghazali Abd Aziz berkata pemimpin itu bersama wanita berkenaan perlu tampil memberi keterangan dalam proses siasatan terhadap kes tersebut.

Ia merupakan satu prosedur biasa dalam kes seperti itu, katanya di sini Ahad.

Beliau berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.

Katanya, kertas hasil siasatan tersebut akan diserahkan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan lanjut.

Kejadian khalwat itu dikatakan berlaku pada kira-kira pukul 3 pagi semalam di bilik sebuah hotel di Balok di sini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan