Pemimpin PKR Ditangkap Khalwat Dengan Isteri Orang

Diterbitkan: Ahad, 26 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditahan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) dipercayai berkhalwat bersama seorang wanita dipercayai berstatus isteri orang di sebuah hotel di Kuantan, Pahang, awal pagi Sabtu.

Perkara ini disahkan oleh Timbalan Pengarah Jaip, Datuk Mohd. Ghazali Abd. Aziz.

Mohd Ghazali berkata sekumpulan pegawai penguatkuasa Jaip tiba di hotel berkenaan kira-kira pukul 3.10 pagi sebaik menerima panggilan telefon daripada suami wanita berkenaan.

"Suami dan rakan-rakannya yang sampai di situ (hotel) dulu, sebelum Jaip tiba di lokasi yang sama untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi mStar Online, Sabtu.

Menurut Mohd Ghazali sehingga pukul 7 petang tadi pemimpin PKR tersebut masih disoal siasat oleh Jaip.

Pemimpin PKR itu pernah menggelarkan Penasihat parti Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Imam Mahdi dan memegang jawatan penting dalam parti itu di peringkat negeri Selangor.

Bagaimanapun, menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dipercayai dihantar pemimpin tersebut kepada pimpinan dan ahli PKR yang lain, beliau menafikan tuduhan berkenaan.

Menurut SMS berkenaan, pemimpin itu mendakwa wujudnya salah faham akibat masalah keluarga yang dihadapi wanita tersebut.

Jelas beliau, wanita berkenaan menghadapi masalah rumah tangga dengan suaminya dan sering lari dari rumah namun beliau turut menasihatinya agar pulang.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan