Pembangunan Kampung Baru: Kerajaan Tiada Agenda Tersembunyi

Diterbitkan: Ahad, 26 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kerajaan tidak mempunyai sebarang agenda tersembunyi mahupun ingin mengenepikan hak serta kepentingan para pemilik dan pewaris tanah berhubung pembangunan semula Kampung Baru, tegas Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata pembangunan kawasan itu adalah berdasarkan kepada keprihatinan kerajaan untuk meningkatkan taraf dan kualiti hidup orang Melayu di bandar Kuala Lumpur.

"Pembangunan semula Kampung Baru menjadi agenda utama dalam mentransformasi kedudukan dan identiti kampung tersebut yang berkait rapat dengan martabat, sejarah dan jati diri orang Melayu.

"Lantaran itu siri perbincangan dan pertemuan yang intensif telah dan akan terus dijalankan oleh Perbadanan Pembangunan Kampung Baru dengan para pemilik dan pewaris tanah," katanya semasa berucap menyempurnakan penutupan sambutan Hari Wilayah Persekutuan di sini Ahad.

Pada majlis itu, Muhyiddin turut menyampaikan hadiah kepada pemenang Kempen Kibar Bendera dan menghadiri majlis jamuan bersama rakyat.

Beliau turut menyampaikan sumbangan wang tunai kepada sebahagian daripada 1,000 warga Wilayah Persekutuan yang terdiri daripada golongan miskin, ibu tunggal, anak yatim, Orang Kelainan Upaya dan berpendapatan rendah.

Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri menyeru semua pihak bekerjasama erat dan memberikan komitmen ikhlas bagi menjayakan pembangunan kawasan itu.

Muhyiddin berkata selaras dengan Akta Pembangunan Kampung Baru 2011, pasukan penubuhan Interim juga telah ditubuhkan, berkuatkuasa 1 Jan lepas, bagi mengambil langkah-langkah awal penubuhan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru.

Beliau berkata menyedari pentingnya nasib, keadaan dan peniaga kecil di bandar, kerajaan juga bersetuju membangunkan semula Pasar Raja Bot untuk memastikan kepentingan 1,578 orang peniaga sedia ada.

"Kerajaan akan terus mengadakan perbincangan dengan pihak peniaga kerana ia penting bagi menjamin pembangunan semula itu memberi keuntungan maksimum kepada para peniaga," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berharap pasar itu kelak akan menjadi ikon unik dan warisan hidup yang menarik kepada para pelancong luar negara.

Dalam ucapannya, Muhyiddin turut mengajak warga Wilayah Persekutuan bersatu hati dan berusaha dengan lebih gigih bagi membolehkan negeri itu menjuarai semua program yang digariskan oleh kerajaan.

"Terutamanya program di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan program Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) sejajar dengan agenda perdana negara di bawah Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi," katanya.

Selain itu, katanya peruntukan besar di bawah NKEA Greater Kuala Lumpur dan Lembah Klang turut mencerminkan kesungguhan kerajaan melaksanakan transformasi bagi mengangkat status dan menaik taraf kawasan berkenaan menjadi wilayah dinamik, berdaya saing serta di antara 20 bandar raya lestari dan berdaya huni di dunia pada 2020. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan