Pekida Sokong Perjuangan Hasan Ali Dan Jati

Diterbitkan: Ahad, 26 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) akan menyokong perjuangan yang dibawa Jati, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diasaskan bekas anggota PAS Datuk Dr Hasan Ali, baru-baru ini.

Presidennya, Jamaluddin Yusof berkata ini kerana konsep yang diperjuangkan Jati adalah selari dengan Pekida iaitu menjaga dan mempertahankan agenda umat Islam serta Melayu di negara ini.

"Kita berharap Hasan (Ali) akan meneruskan perjuangan beliau dan Jati, dan kita dengan perjuangan kita bersama Pekida.

"Di samping itu, kita juga bersedia mengadakan perbincangan bersama NGO lain jika ada aktiviti yang selaras dengan prinsip perjuangan kita, iaitu meningkatkan perpaduan umat Islam di negara ini," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat jawatankuasa tertinggi Pekida Pahang, Sabtu.

Selasa lepas, Hasan, bekas Exco Selangor, menubuhkan Jati yang bertujuan mempertahankan agenda Islam, Melayu dan kedaulatan raja bersesuaian keadaan semasa yang menyaksikan orang Melayu semakin berpecah belah.

Dalam pada itu, Jamaluddin berkata Pekida tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan Permuafakatan Majlis Ayahanda 1Malaysia (Permas) walaupun ada di kalangan anggota pertubuhan tersebut adalah bekas anggota Pekida.

"Ada di kalangan ayahanda-ayahanda yang membuat keputusan untuk menyertai Permas, jadi secara langsung, mereka bukan lagi anggota Pekida, ini bermakna apa sahaja kegiatan mereka, tidak lagi mempunyai kaitan dengan Pekida," katanya sambil menasihati Permas agar tidak berprasangka buruk terhadap pihak lain demi menjaga perpaduan di kalangan NGO serta rakyat Malaysia.

Beliau juga menyeru Pekida di setiap daerah dan negeri, yang belum menjalani proses 'pemutihan' di kalangan mereka, supaya segera melaksanakannya bagi mengubah sikap anggota pertubuhan itu.

Program pemutihan dijalankan pertubuhan itu sejak 2008 bagi memperbaiki sikap negatif di kalangan anggota pertubuhan tersebut, yang didakwa terlibat dalam aktiviti 'samseng', sekaligus menjejaskan nama baik Pekida. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan