NFC Tak Perlu Takut Kalau Tak Bersalah - Syed Ali

Diterbitkan: Ahad, 26 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pihak Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) tidak perlu takut dengan siasatan polis sekiranya mereka tidak bersalah, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee.

Beliau percaya bahawa polis telus dalam menjalankan siasatan berhubung dakwaan berlakunya penyelewengan dalam NFC.

"Serahkan kepada polis dan Peguam Negara (untuk) dakwa mereka yang terbabit. Kalau tak bersalah, pihak NFC tak perlu takut," katanya dalam blog Umno Cheras di sini, Ahad.

Pada Sabtu, polis mencadangkan agar Peguam Negara mendakwa Pengerusi Eksekutif NFC Datuk Dr Mohamed Salleh Ismail atas pertuduhan pecah amanah.

Syed Ali berkata kesungguhan polis menjalankan siasatan berhubung isu kontroversi itu juga membuktikan tiada keistimewaan dalam mana-mana kes walaupun ia melibatkan individu berpengaruh.

"Oleh sebab itu, saya mengalukan-alukan ketegasan polis dan memuji jabatan berkenaan kerana prihatin terhadap pandangan dan kehendak rakyat supaya siasatan dijalankan ke atas NFC," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan