Masalah Tempat Letak Kereta Penjawat Awam Dibawa Ke Kabinet - Nong Chik

Diterbitkan: Ahad, 26 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Masalah ketiadaan tempat letak kereta di kalangan penjawat awam gred 54 ke bawah di kompleks kerajaan di sini akan dibawa ke mesyuarat Kabinet akan datang.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata perkara itu juga akan dibincangkan bersama Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Bercakap kepada pemberita selepas program tinjauan mesra dan majlis mesra rakyat di Presint 8 di sini, Ahad, Nong Chik berkata kebanyakan penjawat awam menggunakan kereta berbanding pengangkutan awam ke pejabat.

Keadaan itu sekaligus menyumbang kepada masalah kesesakan jalan raya dan kekurangan tempat letak kereta di kompleks-kompleks kerajaan, katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas ucapan Anggota Parlimen Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebelum itu yang memohon supaya aduan yang disuarakan penjawat awam gred 54 ke bawah itu diberi perhatian. Sehubungan itu Nong Chik sekali lagi menyarankan penjawat awam menggunakan perkhidmatan bas yang disediakan Perbadanan Putrajaya untuk ke pejabat, sekaligus menyokong usaha kerajaan untuk membangunkan Putrajaya sebagai bandar hijau.

"Masalah tiada atau kurang tempat letak kereta akan dibangkitkan dalam mesyuarat. Tetapi pada masa sama kita minta semua kementerian menggalakkan penjawat awam di pejabat masing-masing untuk guna pengangkutan awam yang disediakan ini," katanya.

Selain di Putrajaya, Nong Chik berkata amalan menggunakan pengangkutan awam ke tempat kerja juga perlu diperluaskan di tempat lain terutama di Lembah Klang.

Terdahulu Nong Chik menyertai lebih 3,000 peserta Putrajaya Inter Parks Ride yang diadakan sempena Karnival Wow!Putrajaya 2012 dengan berbasikal sejauh 34 kilometer dari tapak karnival di Presint 2 menerusi laluan ke Presint 8, Taman Saujana Hijau, Taman Wetland, Taman Botani, Taman Putra Perdana dan kawasan persisiran tasik.

Acara itu merupakan usaha Perbadanan Putrajaya untuk mencatat rekod "The Largest Participation in a Inter-Park Cycling Event" dalam The Malaysia Book of Records dengan penyertaan seramai 3,075 peserta. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan