Lima Lokasi Panas Denggi Dikenal Pasti Di KL

Diterbitkan: Ahad, 26 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lima lokasi panas denggi dikenal pasti di bandar raya ini yang diberi tumpuan oleh Kementerian Kesihatan dalam usaha memerangi demam denggi.

Timbalan Pengarah (Kesihatan Awam) Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya Dr Zainol Ariffin Pawanchee berkata kawasan itu ialah Desa Tun Razak, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Mulia, Taman Miharja Fasa 2 dan Taman Gembira Salak Selatan.

"Statistik menunjukkan penambahan kes di bandara raya ini dalam dua bulan pertama ini berbanding tempoh yag sama tahun lepas," katanya kepada Bernama di Karnival Gaya Hidup Sihat Bersama Duta Sihat 1Malaysia KKM di sini, Ahad.

Beliau berkata pihak kementerian melakukan aktiviti semburan secara berkala dan pemantauan setiap dua minggu secara berterusan sehingga kes denggi di lokaliti terlibat menurun.

Aktiviti gotong royong bagi membersihkan kawasan rumah dengan penduduk setempat juga akan diperbanyakkan bagi memusnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes, katanya.

Zainol Ariffin berkata penubuhan Pasukan Komunikasi Untuk Perubahan Tingkahlaku (Combi) pula akan ditingkatkan bagi membantu menggerakkan penyertaan masyarakat secara kolektif bagi menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes.

"Setakat ini terdapat 135 pasukan Combi yang bergiat aktif di kawasan perumahan dan sekolah di bandar raya ini bagi berkongsi maklumat dan mengingatkan penduduk setempat mengenai bahaya demam denggi," katanya.

Terdahulu, pelbagai acara diadakan dalam karnival itu termasuk pertandingan berjalan 10,000 langkah, demonstrasi masakan, taklimat gaya hidup sihat serta pemeriksaan kesihatan dan pergigian secara percuma.

Karnival ini merupakan program penutup Kempen Cara Hidup Sihat bagi menangani masalah penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti obesiti, diabetes dan darah tinggi dilaksanakan selama enam bulan sejak Oktober tahun lepas.

Lebih 200 penduduk sekitar PPR Taman Beringin, PPR Taman Intan Baiduri, Taman Pusat Kepong dan Metro Prima menjayakan program itu. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan