Krisis Pentadbiran Kerajaan Kedah Tiada Hubung Kait Dengan Umno - Shafie

Diterbitkan: Ahad, 26 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Krisis dalam kerajaan negeri Kedah tidak mempunyai kaitan langsung dengan Umno atau Barisan Nasional, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada Ahad.

Bagaimanapun katanya, Umno melihat keadaan itu sebagai satu tanda kerapuhan dalam pakatan pembangkang yang dianggotai PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

"Keretakan yang berlaku ini memang benar di peringkat PAS negeri Kedah, dan kita tunggulah apa yang akan berlaku," kata Shafie yang juga Menteri Kemajuan Wilayah dan Luar Bandar kepada pemberita, di sini Ahad.

Beliau yang ditemui selepas melancarkan Hari Penjaja dan peniaga Kecil peringkat Pulau Pinang 2012, diminta mengulas mengenai kekecohan dalam pentadbiran kerajaan negeri pimpinan PAS itu.

Ini susulan wujud desas-desus di sebelah utara yang menyatakan krisis dalaman PAS Kedah untuk menjatuhkan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak itu didalangi Umno. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan