Kerajaan Bimbang Skim Pelaburan Emas Melalui Internet Bawa Keburukan

Diterbitkan: Ahad, 26 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BACHOK: Kementerian Kewangan bimbang kemungkinan merebaknya skim pelaburan emas melalui internet yang menjanjikan pulangan tinggi, akhirnya memberi kesan buruk kepada pelabur.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata syarikat yang ditubuhkan di luar negara itu dikatakan memberi jaminan akan memberi keuntungan 10 hingga 20 peratus dalam tempoh yang singat.

"Peringkat awal mereka benar mendapat untung lumayan tetapi kita bimbang pada akhirnya mereka akan mendapat kesan buruk apabila tidak mendapat pulangan yang setimpalnya," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen membaja Risda di Kampung Mak Lipah, Pak Badol di sini, Ahad.

Lebih 20 pekebun kecil menyertai kempen itu yang turut dihadiri Timbalan Pengerusi majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Bachok Datuk Dr Ilias Hussin dan Pengarah Pengembangan Risda Zahari Mat Amin.

Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata beliau pernah dihubungi seorang rakan yang meminta nasihat untuk melabur sebanyak RM48,000 dalam skim itu.

Katanya mereka dipengaruhi oleh rakan yang begitu ghairah dan rakus untuk mengejar keuntungan dan ada pula yang berusaha untuk menambah modal sedia ada bagi mendapatkan keuntungan yang lebih besar.

Beliau berkata Kementerian Kewangan tidak pernah mengeluarkan lesen mengenainya dan jika ada yang merasa tertipu mereka boleh membuat aduan kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk diambil tindakan.

Terdahulu ketika berucap pada majlis itu, Awang Adek berkata pekebun kecil seharusnya bersyukur dengan keprihatinan kerajaan terhadap nasib mereka apabila menambahkan skim bantuan tanaman semula getah dari RM1,200 kepada RM9,230 setiap hektar.

Beliau berkata tiada kerajaan dalam dunia yang sanggup memperuntukkan wang dengan jumlah yang besar untuk membantu rakyat keluar dari garis kemiskinan.

Apa yang perlu dilakukan sekarang ialah mereka mesti menyambut baik dan terus berusaha mengusahakan tanaman getah mereka dengan lebih sempurna agar memperoleh pendapatan RM2,500 sebulan sebagaimana yang disasarkan kerajaan, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan