Himpun Di Terengganu Dihadiri 6,000 Orang

Diterbitkan: Ahad, 26 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Himpunan Sejuta Umat (Himpun) bertema 'Selamatkan Akidah' siri jelajah negeri Terengganu yang diadakan di Stadium Negeri di sini hari ini berjaya menghimpunkan 6,000 orang.

Setiausaha Agung Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Aminuddin Yahaya berkata himpunan anjuran gabungan badan bukan kerajaan (NGO) Islam ini mengetengahkan isu gejala murtad di kalangan akidah umat Islam yang kian meruncing di negara ini.

"Kita mahu menyangkal dakwaan segelintir pihak yang beranggapan isu murtad ini bukanlah serius di negara ini.

"Malah semasa ceramah tadi, kita turut memaparkan rakaman video pengakuan bekas murtad dan mahu memberi kesedaran kepada semua umat Islam mengenai isu murtad yang semakin berleluasa kini," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas tamat perhimpunan itu.

Aminuddin berkata kini terdapat 868 kes permohonan menukar agama oleh individu beragama Islam di seluruh negara sejak lima tahun lalu yang perlu ditangani kerajaan bersama NGO Islam daripada terus menular.

Dalam perhimpunan itu, bekas Pesuruhjaya PAS dan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Mohd Ali menjadi ahli panel dan memberi ceramah selama satu jam mengenai isu-isu memurtadkan umat Islam di negara ini.

Hasan bagaimanapun enggan ditemu bual pemberita.

Himpun ini merupakan siri yang kelima sebelum Kepala Batas (Pulau Pinang), Paroi (Negeri Sembilan), Kuala Kangsar (Perak) dan Shah Alam (Selangor).

Aminuddin berkata Himpun mengetengahkan 10 tuntutan resolusi yang akan dibawa kepada Yang di-Pertuan Agong bagi mewujudkan undang-undang berkaitan.

Tujuan tuntutan 10 resolusi itu antaranya memastikan undang-undang pencegahan yang tegas dan kukuh untuk memelihara kemuliaan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan dapat dimasukkan sebagai kandungan utama akta yang akan menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan