1Malaysia Ideologi Urus Tadbir Baik

Diterbitkan: Ahad, 26 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SIBU: Gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan ideologi tadbir urus berpaksikan rakyat yang baik, kata Persatuan Cina Bersatu (UCA) dari Sibu.

Presidennya Datuk Lau Nai Hoh berkata konsep itu membawa perubahan yang tidak pernah berlaku sebelum ini untuk kebaikan seluruh negara.

"Kami dapat berasakan saluran komunikasi antara rakyat dan kerajaan sekarang lebih lancar dan luas," katanya pada perasmian Kampung Budaya 1Malaysia, berhampiran Taman Jubli Sungai Aup, kira-kira 15 km dari sini malam Sabtu.

Majlis itu dirasmikan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud bagi pihak Perdana Menteri.

Lau berkata di bawah gagasan itu, kerajaan persekutuan dengan ikhlas membantu komuniti Cina menyelesaikan isu besar yang menjejaskan mereka.

Pada majlis itu, UCA yang memayungi 107 anggota turut menggunakan tema 'IMalaysia, 1 UCA'.

"Ini adalah pengiktirafan kami akan ideologi tadbir urus yang baik. Ini juga melambangkan usaha UCA dalam menggembleng perpaduan komuniti untuk pembangunan negara," kata Lau.

Beliau berharap sebuah badan khas akan diwujudkan persatuan dan kerajaan untuk menangani isu peringkat persekutuan yang melibatkan kaum Cina bagi membolehkan isu terbabit diselesaikan dengan cepat dan berkesan.

Sementara itu, Hua Zong Sarawak (Persekutuan Persatuan Cina Sarawak - SFCA) juga menggunakan tema '1Malaysia, 1 Hua Zong'.

Dalam ucapannya pada majlis sama, Presiden SFCA Wong Aik Loung meminta kerajaan menaik taraf Lebuhraya Pan Borneo sepanjang 1,800 km itu, selain meningkatkan perhubungan udara dengan membenarkan lebih banyak penerbangan domestik dan luar negara di lapangan terbang Sarawak.

Pada majlis itu juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti Sarawak Datuk Seri Wong Soon Koh menyampaikan geran daripada Najib berjumlah RM500,000 kepada Hua Zong Sarawak. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan