Tiga Tokoh Sejarawan Negara Terima Anugerah felo PSM 2011

Diterbitkan: Sabtu, 25 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiga tokoh sejarawan terkenal negara menerima Anugerah Felo Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) 2011 kali ke-6 yang diadakan oleh PSM, di sini pada Sabtu.

Penerima anugerah itu ialah Datuk Dr Wan Shamsuddin Mohd Yusof, Prof Emeritus Datuk Dr Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman dan Abdul Rahman Mohd Ali dan masing-masing membawa pulang sijil penghargaan serta pingat.

Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif PSM Datuk Omar Mohd Hashim berkata Anugerah Felo itu adalah signifikan sebagai penghargaan terhadap sumbangan dan khidmat mereka dalam memelihara dan memulihara Sejarah Melayu dan Sejarah Malaysia amnya.

"Perkara 8 Perlembagaan PSM memperuntukkan bahawa gelaran Felo diberi kepada sejarawan negara sebagai tanda penghormatan dalam memaju dan mengembangkan sejarah tanah air atau penyelidikan dan penemuan baru yang penting," katanya sebelum majlis penganugerahan Felo dan Pingat Emas PSM yang disampaikan oleh Tokoh Wartawan Negara Tan Sri Mazlan Nordin.

Wan Shamsuddin, 80, adalah seorang pengiat sejarah terkenal di Kedah, serta aktif dalam perjuangan warisan dalam bidang sastera dan budaya hampir setengah abad.

Beliau juga mengetuai ekspedisi kaji selidik sejarah dan membongkar tinggalan sejarah di Kedah dan menemui penemuan penting negara sebagai pengesahan keturunan lagenda rakyat Kedah, Puteri Mahsuri, di Kampung Kemala, Phuket, Thailand pada 1988 setelah Wan Aishah, generasi ketujuh Mahsuri di temui di sana.

Nik Hasan Shuhaimi, 68, pula merupakan seorang ahli arkeologi negara dan mememegang jawatan sebagai Yang Dipertua Ikatan Ahli-ahli Arkeologi Malaysia (Ikatan) selama 25 tahun.

Beliau kini bertugas sebagai Felo Penyelidik Utama di Institut Alam dan Tamadun Melayu (Atma).

Beliau menulis lebih 150 artikel dalam pelbagai jurnal di peringkat nasional dan antarabangsa serta menghasilkan pernerbitan buku lebih daripada 50 judul berkaitan penyelidikan arkeologi dan sejarah.

Seorang lagi penerima, Abdul Rahman, 71, adalah Pengerusi Jawatankuasa PSM sejak 17 tahun lepas dan sejak tahun 1970-an beliau bergiat aktif dalam aktiviti yang dijalankan PSM.

Antara lain, pada tahun 1977, beliau menghasilkan penulisan bersama buku teks Sejarah Tingkatan 1,2,3 terbitan Longmans dan mempengerusikan panel penyemakan dan penyelarasan buku teks Sejarah Malaysia Tingkatan 5 menggunakan pendekatan bertema.

Pada majlis yang sama, PSM turut menyampaikan Anugerah Pingat Emas kepada siswazah terbaik dalam kursus Sejarah (Sejarah Malaysia) daripada lima Institusi Pengajian Tinggi tempatan.

Penerima anugerah itu ialah Lim Nian Ling, 24, dari Universiti Malaya, Nor Suraya Zaini, 24, dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Aishah Ibrahim, 24, dari Universiti Sains Malaysia, Shafawaty Ahmad, 24, dari Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Salmiahwati Djafar, 23, dari Universiti Malaysia Sabah.

Pemenang Anugerah Pingat Emas PSM ini masing-masing membawa pulang Pingat Emas PSM, buku serta sijil pengiktirafan. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan