Skandal Pasir: SPRM Terus Siasat Kes Babitkan Adun PKR - Berita Semasa | mStar

Skandal Pasir: SPRM Terus Siasat Kes Babitkan Adun PKR

Diterbitkan: Sabtu, 25 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan terus menyiasat kes skandal curi pasir di Selangor membabitkan dua Ahli Dewan Undangn Negeri (Adun) Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, pegawai Ibu Pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya telah diarahkan untuk melihat kembali beberapa aspek seperti yang dibangkitkan Panel Penilaian Operasi (PPO).

Pada Khamis, Pengerusi PPO, Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil berkata siasatan kes yang membabitkan Adun Seri Muda, Shuhaimi Shafie dan Adun Batu Caves, Amirudin Shari masih diteruskan.

Menurut Hadenan, anggota panel bersetuju bahawa kes itu perlu dikaji semula oleh bahagian perundangan dan pendakwaan SPRM bagi membolehkan suruhanjaya itu terus mengumpul lebih banyak bukti.

Isu perlombongan pasir telah dibangkitkan baru-baru ini oleh penulis blog Raja Petra Kamaruddin, yang mendedahkan bahawa dua pemimpin PKR yang telah disenaraikan sebagai ahli lembaga pengarah firma terbabit dalam operasi perlombongan pasir di Selangor.

Sementara itu di Alor Setar, Bernama melaporkan Pengarah SPRM Kedah, Mohamad Yusoff Akope berkata, pihaknya menahan 14 kakitangan awam dan lapan orang awam kerana rasuah tahun lepas.

Beliau berkata tangkapan dibuat selepas 38 kertas siasatan telah dibuka berdasarkan 823 maklumat.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan