Najib Terima Anugerah Imam Khalifah Agong Pusaka Gayong

Diterbitkan: Sabtu, 25 Februari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GURUN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu menerima anugerah Imam Khalifah Agong Gayong oleh Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia.

Anugerah itu yang membawa gelaran Sri Tri Buana Gangga Simanjakani Chula Sakti disampaikan oleh Yang Dipertua pertubuhan itu Datuk Raja Abdul Majid Raja Mat Isa.

Pada majlis yang diadakan di Kompleks Sukan Kriss Modenas di sini, isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor turut menerima anugerah yang membawa gelaran Sri Pelangi Srikandi Utama. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan